Adakah Sushi Mentai Halal? Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu

FOODIE
December 15, 2020 - 07:19 PM


Makanan Jepun sudah mendapat nama dalam kalangan rakyat Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. Daripada ramen, udon, hinggalah ke sushi. Tetapi, terdapat beberapa faktor yang membuatkan orang ramai takut untuk mencuba makanan tersebut terutamanya status halal restoran yang menghidangkan makanan Jepun. Ini kerana budaya mereka berbeza dengan majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam. 

Walaupun restoran mereka tidak menggunakan daging khinzir, namun terdapat beberapa resepi yang menggunakan sos yang diperbuat daripada alkohol terutamanya Mirin. Di sini, kita akan lihat restoran Sushi Mentai yang agak terkenal dalam kalangan orang Malaysia terutamanya yang beragama Islam serta status kehalalalnnya. 

Sushi Mentai merupakan restoran sushi yang telah dibuka sejak dari tahun 2011 lagi. Dan ianya sangat popular kerana hidangan sushi mereka yang sangat murah pada RM1,80 dan RM2.80 je tau. Bukan tu je, sushi mereka juga lebih sedap berbanding sushi di restoran yang lain. Malah hidangan sashimi, tempura soba, dan udon mereka juga agak fresh dan menyelerakan!

Namun, Sushi Mentai masih lagi menggunakan Mirin di dalam beberapa menu mereka. Walaupun tidak menggunakan daging babi, dan hanya menggunakan ikan dan ayam yang disembelih dengan betul (halal), namun alkohol adalah dilarang dalam agama Islam. Korang boleh juga nak makan menu yang tak menggunakan Mirin, tapi kena tanya dulu.

Tapi kalau korang was-was, kami suggest carilah restoran sushi lain yang memang menyediakan sushi halal serta dah ada sijil dari JAKIM. Antara restoran yang korang boleh pergi adalah Sushi King dan Nippon Sushi. Harga mereka pun agak murah dan sedap sama seperti Sushi Mentai. Apa pun kalau ada lagi restoran sushi halal yang lain, boleh inform Rileklah, kami akan share kepada korang semua.

Destination: