#SiBodohKauDengarSini Trending Apabila Netizen Berdebat Tentang Waktu Operasi Kedai Makan
GAYA HIDUPSekarang ni kalau korang tak tahu ramai netizen yang tengah bengang dan frust kerana waktu operasi kedai makan ditutup pada pukul 8 malam waktu PKP 2.0 ni. Dan ini menyebabkan beberapa netizen berdebat mengenai kepentingan waktu operasi kedai makan dilanjutkan sehingga 10 malam. Ini kerana netizen yang balik kerja pada pukul 5 / 6 petang tak sempat untuk membeli makan malam.
Last order untuk GrabFood dan FoodPanda juga bermula pada pukul 7 petang. Dan mereka yang baru balik dari kerja kemungkinan besar sedang stuck dalam jem untuk sampai ke rumah. Jadi kalau order dengan lebih awal pun kemungkinan besar tak sempat untuk ambil. Bukan tu je, mula dari pukul 5 lagi, aplikasi penghantaran makanan dah mula hang sebab terlalu ramai yang menggunakannya.
si bodoh, kau dengar sini. dengan business hour from 11-8pm tu seluruh rakyat malaysia ni order in between that time only tau. kau tau tak sampai hang machine foodpanda/grab tu? orang balik kerja takde masa nak masak sebab awal pagi esok dah kena pergi kerja balik
— 💭 (@yarafaee_) January 17, 2021
Netizen yang membaca reply di atas sangat kagum dengan penggunaan 'Si bodoh, kau dengar sini', mereka mula menggunakan hashtag dengan ayat yang sama. Kebanyakan orang yang menggunakan hashtag ini merupakan mereka yang berada dalam keadaan sama, tidak sempat untuk membeli makanan untuk makan malam. Syed Saddiq pun guna tau.
#SiBodohKauDengarSini
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) January 18, 2021
1) Bila nak extend DELIVERY time?!
Susah sangat ke nak bantu peniaga kecil, Riders & yang lapar di rumah?!
2) Bila nak bela nasib pelajar yang terpaksa balik sekolah walaupun dari kawasan MERAH & TIDAK KUARANTIN & TESTING?
Please listen to the RAKYAT. https://t.co/31NpCBMOeR
#SiBodohKauDengarSini bukan itu je !!! Kebanyakkan kedai start tutup pkl 7 kata nak kemas barang and so on.. sometime kita nak gi beli makan at 6.30 pun masih tak sempat just because all the shops starts to close earlier than expected !!!
— Kasthuri Vasantha Kumar 🕉 (@KasthuriVk) January 19, 2021
Sehubungan dengan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya kini sedang mengkaji mengenai permintaan tempoh waktu operasi kedai makan dilanjutkan. Beliau bimbang sektor ekonomi lain akan mengungkit dan meminta tempoh operasi mereka dilanjutkan juga sekiranya kerajaan membenarkan pelanjutan tempoh operasi kedai makan.