Jumpa Jodoh Di Pusat Kuarantin, Pasangan Ini Mengenakan Pakaian PPE Untuk Gambar Perkahwinan

TERKINI
February 02, 2021 - 10:09 AM


Siapa sangka dalam keadaan yang penuh dugaan ini ada juga hikmah yang dikurniakan buat pasangan yang bernama Pija dan Azwa. Menurut jurugambar pasangan ini, Pija & Azwa bertemu dan berkenalan ketika berada di pusat kuarantin Covid-19 pada awal tahun lepas. Dan pasangan tersebut merupakan frontliners yang ingin mengenakan pakaian PPE sebagai kenangan mereka pada awal perkenalan.

yang aku respect masa shoot pakai baju PPE ni pukul 12-1.30 petang memang tengah panas terik siot..tapi diaorg sporting n cakap dah biase pakai baju PPE..dah biase mandi peluh...aku pakai baju biase pun berpeluh2 masa shoot😆😆...diaorang memang nak sangat buat kenangan pakai baju PPE ni...

Tahniah PIJA & AZWA..semoga korang tabah hadapi kerja korang yang sangat mencabar ni..👏🤝

Dan seperti yang korang boleh agak, posting ini mendapat sambutan baik dari netizen di Facebook. Kebanyakan dari mereka tumpang gembira buat pasangan tersebut dan selebihnya mempersoalkan tentang nasib mereka sendiri bila dapat berjumpa jodoh masing-masing. Tapi korang jangan salah faham ya, pasangan tersebut bukanlah bergambar dengan PPE je semata-mata.

Mereka juga mengenakan pakaian pengantin tradisional berwarna putih. Memang sangat padan dan cantik pasangan ini. Jadi apa pendapat korang? Bukan selalu kan kita nak dengar cerita pasangan yang bertemu jodoh sewaktu mengendalikan kes wabak Covid-19 sekarang ni? Apa lagi cerita pasangan yang korang pernah jumpa? Boleh share dan komen di bawah. 

 

"kerana covid 19 kami di satukan" mereka bertemu dan berkenalan di pusat kuaritin covid 19 pada awal kes covid lagi...

Posted by Taufiq Noor on Wednesday, January 27, 2021
Destination: