Makan Bersama Hidupan Laut Di Restoran Bawah Air Pertama Di Malaysia!
FOODIEBila kita pergi makan di sesebuah tempat, antara perkara penting yang menambahkan lagi selera kita adalah suasana di lokasi tersebut. Jadi tidak hairanlah apabila ramai yang terpegun dengan sebuah restoran bawah air pertama di Malaysia, SEA LIFE Malaysia, yang terletak di Legoland Malaysia Resort. Restoran ini baru sahaja dibuka bersempena dengan Hari Valentine semalam.
Korang boleh makan di restoran bawah air ini bersama dengan lebih dari 13,000 hidupan laut termasuklah ikan popular di SEA LIFE Malaysia iaitu Zebra Sharks dan Black Tip Reef Sharks! Tapi bila korang boleh makan di sini tanpa mengganggu pelawat lain? Jangan risau, sesi makan akan berlansung selepas waktu operasi pada jam 6 petang.
Bukan tu je, korang juga akan dapat akses ke 4 jenis lokasi yang korang boleh pilih dari Sunken Shipwreck, Ocean Tunnel, Ocean Cave, dan juga Ocean View. Setiap lokasi ini mempunyai feel dan vibe tersendiri, jadi kalau korang nak rasai kesemua lokasi ini, korang perlu cuba setiap satu. Menu yang disediakan juga mengambil kira lokasi-lokasi ini, dengan kata lain, memang kena la.
Selain daripada itu, korang juga akan dapat free tour selama 45 minit untuk lihat bagaimana SEA LIFE Malaysia membina dan menjaga lokasi serta hidupan laut yang ada di sini. Jadi kalau korang nak bawa pasangan ke lokasi unik dan romantik, lokasi ini memang sangat perfect untuk korang. Tapi jangan tunggu lama-lama, first come first serve tau. Dan korang boleh booking untuk tarikh di bawah:
- Feb: 20 & 27
- Mar: 13 & 27
- Apr: 10 & 24
Alamat: No 7, Jalan Legoland, Bandar, 79250 Nusajaya, Johor