28 Tahun 'Berhantu', Akhirnya Highland Towers Akan Dirobohkan
TERKINIKorang mesti familiar dengan nama Highland Towers di Ulu Kelang yang sering dikaitkan dengan cerita hantu selama hampir 28 tahun. Kondominium yang pernah menggegarkan negara dengan tragedi yang meragut 48 nyawa pada 11 Disember 1993 itu turut dikenali sebagai sarang penagih dadah, mengundang kerisauan penduduk berdekatan.
Terkini, akhirnya kerajaan telah membuat keputusan untuk merobohkan Highland Towers dalam masa terdekat sebaik mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia memohon peruntukan RM8.9 untuk mengambil tanah seluas 0.81 hektar itu.
Terdahulu, Zuraida telah mencadangkan agar tapak Highland Towers dibangunkan semula sebagai lokasi taman rekreasi, kerana struktur tanah di kawasan tersebut tidak sesuai untuk pembinaan perumahan.
Sumber: Buzzkini