Greece Buka Semula Sempadan Negara Untuk Pelancong Antarabangsa

TERKINI
May 20, 2021 - 11:34 AM


Tatkala kita baru sahaja dilempar dengan berita 6000 lebih kes jangkitan baru semalam, Min dapat tahu yang Greece beberapa hari lepas mengumumkan yang dorang dah buka semula sempadan negara dorang untuk kemasukan pelancong dari luar negara. 

Bukan itu sahaja, negara tersebut juga telah mengangkat semula kebanyakan peraturan lockdown mereka yang bermula sekitar bulan 11 tahun lepas. Greece adalah antara negara yang paling lewat untuk mengenakan lockdown berbanding negara-negara lain. 

Menteri Pelancongan Greece, Haris Theocharis, Khamis lepas berkata yang pelancong dari Jerman telah mula tiba ke negara tersebut, serta pelancong-pelancong lain dari negara di dalam 'senarai hijau' EU. Selain itu, pelancong dari negara lain turut diundang sekiranya mereka boleh menunjukkan bukti vaksinasi ataupun ujian negatif. 

Antara penyebab yang mendorong kepada kepantasan mereka membuka semula sempadan negara adalah kerana pergerakan memberikan vaksin yang sangat aktif di dalam negara mereka, dan kini muzuem, pusat beli-belah telah pun dibuka, namun masih dikenakan syarat had kemasukan, dan penjarakan sosial. 

Kesemua pelawat Greece perlu tiba di lapangan terbang Athens, Thessaloniki, Heraklion, Chania, Rhodes, Kos, Mykonos, Santorini atau Corfu, dan mereka tidak perlu menjalankan kuarantin sekiranya telah divaksin dan mempunyai keputusan ujian COVID yang negatif. Namun, mereka tetap perlu mengikuti syarat lockdown yang masih belum diangkat seperti waktu berkurung tengah malam.

Menurut PBT mereka, penduduk Greece terutama sekali yang tinggal di pulau-pulau pelancongan terkenal akan divaksin dengan sepenuhnya pada hujung bulan Jun. 

Destination: