Tahukah Anda Penang Tersenarai Sebagai Pulau Ke-3 Terbaik Untuk Lokasi Persaraan Di Dunia

TERKINI
May 21, 2021 - 05:15 PM


Banyak betul pengiktirafan Penang dapat dari pelancong luar negara ya? Sebelum ini Asam Laksa pernah tersenara sebagai 'The World's 50 Best Foods' oleh CNN Travel.

Dan bukan itu sahaja, Georgetown juga tersenarai sebagai 'Top 10 Best Destinations for Digital Nomads'. Dan kini, pada tahun 2021, Penang berjaya merangkul tempat ke-3 sebagai lokasi terbaik untuk pulau persaraan di dunia.

Senarai ini telah dibuat oleh portal International Living yang telah beroperasi sejak dari tahun 1979 lagi tau. Dan berikut merupakan senarai top 10 pulau terbaik untuk persaraan di dunia.

  1. Malta
  2. Mallorca, Sepanyol
  3. Penang, Malaysia
  4. Ambergris Caye, Belize
  5. Ireland
  6. Roatan, Honduras
  7. Isla Mujeres, Mexico
  8. Isla Colon, Panama
  9. Bali
  10. Koh Samui, Thailand

Selain dari Malaysia, negara Asia Tenggara lain yang tersenarai adalah Indonesia, Vietnam, dan juga Thailand di dalam list ini.

Menurut huraian senarai ini, Penang tercalon kerana ianya merupakan bekas jajahan British, jadi ramai yang tinggal di sini fasih berbahasa Inggeris. Dengan kata lain, tiada jurang bahasa.

Dan nilai mata wang Malaysia juga sangat rendah berbanding negara lain dan penduduk negara lain boleh hidup dengan mewah pada $1,500-$2,500 (RM6,200-RM10,350). Sebenarnya over sangat budget ni, takat RM5,000 pun boleh hidup serba mewah di Penang tau.

Selain itu Penang juga merupakan lokasi yang mempunyai pelbagai jenis makanan unik dan sedap, memang tak hairanlah banyak pelancong luar tertarik dengan negeri ini. 

Malah bangunan di sekitar Penang juga mempunyai tarikan tersendiri, dan negara Malaysia sangat dekat dengan negara Asia Tenggara lain menjadikan Penang lokasi optimal untuk kaki melancong. 

Sumber: International Living

Destination: