Fenomena ‘Super Flower Blood Moon’ Bakal Berlaku Pada 26 Mei Ini
TERKINIKorang ada pengalaman melihat gerhana bulan penuh tak sebelum ini? Gerhana bulan penuh, atau di panggil 'Super Flower Blood Moon' sering terjadi lebih kerap dari gerhana matahari. Fenomena 'Super Flower Blood Moon' anda dapat menyaksikan pada 26 Mei, hari rabu ini.
Menurut Agensi Angkasa Malaysia, MYCA), ianya akan berlaku mulai ja 4.47 petang dan berakhir pada jam 9.50 malam waktu Malaysia.
Untuk orang Sabah dan Sarawak, boleh menyaksikan fenomena ini mencapai pada fasa gerhana separa. Manakala bagi penduduk di Semenanjung, boleh melihat fasa gerhana ketika telah maksimum sepenuhnya di kebanyakan kawasan.
Gerhana bulan ini selalu sangat berlaku, tetapi mesti ramai tidak banyak mengetahui tentang info dn perkara yang boleh dibuat ketika fenomena ini terjadi nanti.
Jadi mari kita lihat ringkasan nota yang dikongsi oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
#1 Berlaku ketika fasa bulan purnama
#2 Bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan yang hampir sejajar.
#3 Bulan akan berada di kawasan bayang-bayang bumi yang gelap(umbra)
#4 Warna permukaan bulan akan mengalami perubahan dari warna putih bersinar ke merah-merahan.
#5 Kesan umbra ini boleh dilihat dengan mata kasar (magnitud 1.009)
#6 Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) disyariatkan untuk fenomena ini.
#7 Ketika Bulan terbit di ufuk Timur, gerhana sudah berada di fasa kemuncak.
#8 Bulan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi atau dikenali sebagai Perigee (357,460km)
Kalau sebelum ni, kemudahan teleskop akan di buka kepada orang awam untuk menyaksikan gerhana bulan berlaku di Planetarium Negara.
Namun kini, kita hanya dapat menyaksikan menerusi penstriman langsung Gerhana Bulan Penuh di akaun media sosial Planetarium Negara pada hari Rabu, 26 Mei 2021 ini.
Sumber: Buzzkini