Antara artis jemputan yang akan memeriahkan program tersebut termasuk pemain sape profesional, Mathew Ngau Jau, Alena Murang,Sang Rawi, At Adau, Nading Rhapsody, KEMADA, Suk Binie’ dan juara kejohanan seni persembahan dunia (WCOPA) Tuku Kamek.
Sementara untuk Borneo Jazz Festival pula, festival itu akan menghiburkan penonton dengan barisan pemain muzik jazz seperti Clinton Jerome Chua, O-Ha Seoul Band, Nisa Addina, Ta’Dan dan Prince of Borneo, Pete Kallang.
Persembahan Festival Muzik itu boleh disaksikan menerusi Shoppee Live dan laman web rasmi di WWW.RWMF.Net yang akan berlangsung selama 90 minit dari jam 6:00 petang hingga 7:30 malam setiap hari dari 18 hingga 20 Jun 2021 ini.
Setakat ini jumlah pendaftaran penonton telah mencecah 12,400 orang.
Meskipun kita tidak dapat mewujudkan pengalaman dan suasana persembahan secara langsung seperti tahun-tahun sebelumnya, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia masih lagi berpeluang menikmati acara yang menyeronokkan ini bersama keluarga di rumah.
Jadi, jom sama-sama kita sokong industri muzik tempatan!
Sumber: Astro Awani