Duduk Rumah Terlalu Lama Hingga Perut Buncit? Ikuti 5 Cara Elak Perut Buncit

GAYA HIDUP
June 29, 2021 - 02:52 PM


Sejak bermula pandemik ini, kita semua berkurung diri di dalam rumah dalam jangka masa lama. Sekarang ini pulak kita kena #Lockdown bertambah lama lah kita kena duduk di rumah. Apabila mula cuti rehat bersama keluarga atau bersendirian di rumah, aktiviti kita semakin menjadi berkurangan.

Ada sesetengah orang, lagi lama duduk di rumah, makin buncit perutnya sebab tidak rasa bersemangat nak menjaga kesihatan. Bahaya sebenarnya kalau kita teruskan sikap sebegini, walaupun duduk rumah kesihatan fizikal amat lah penting apatah lagi dari segi mental.

Terdapat pelbagai cara dapat kita temui untuk membantu daripada mendapatkan perut terus membesar. Amalan minum air putih ketika bangun pagi dan tidak lewat bersarapan antara perkara yang dapat membantu mendorong fungsi metabolisme dalam mencegah perut menjadi buncit.

1. Sarapan

Makan sarapan adalah perkara asas dalam perkara harian. Sibuk macam mana sekali pun, jangan membiarkan perut kosong tanpa mengambil sebarang nutrien agar tidak mengganggu metabolisme tubuh dan melambatkan proses pembakaran lemak.

Kalau korang tidak bersarapan berkemungkinan badan akan memberi kesan buruk, malahan rasa seperti nak makan makanan berkalori tinggi dan tidak seimbang. Seeloknya sarapan selepas dua jam bangun dari tidur.

2. Menu yang sesuai

Makanan sebarangan juga tidak boleh, badan kita bukan superman! Walaupun bersarapan tetapi korang tetap perlu mengambil berat menu harian yang bersesuaian.

Kajian menunjukkan pengambilan buah-buahan seperti beri biru, strawberi dan ceri mampu membantu menurunkan berat badan.

3. Air suam

Dengan minum air suam atau air putih, kita dapat meningkatkan penghadaman, membersihkan tubuh daripada racun serta meningkatkan pergerakan usus pada waktu pagi.

Air suam juga dapat membantu meningkatkan suhu tubuh dan metabolisme. Metabolisme meningkat, kalori akan mudah terbakar.

Amalkan minum air suam selepas bangun tidur. Kalau nak mudah, sebelum tidur, isi botol kosong dengan air suam dan letakkan di sebelah katil.

4. Aktiviti fizikal

Walaupun masa dan tempat terhad ketika pandemik, cuba cari ruang dan peluang bagi melakukan aktiviti fizikal. Satu kajian mengatakan jiak aktif bergerak pada waktu pagi dapat menurunkan kadar lemak dalam badan sebanyak tujuh peratus.

Tidak semestinya berjoging dapat mengeluarkan peluh, boleh cuba alternatif seperti mengemas rumah, mengemop lantai atau apa sahaja aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.

5. Berjemur

Berjemur sebenarnya dapat meningkatkan sistem imunisasi badan serta membantu badan kita untuk memiliki perut rata.

Terdapat satu kajian jika kita berjemur di waktu pagi dapat memperbetulkan waktu tidur harian serta meningkatkan proses vitamin D di dalam badan.

Kalau nak badan sihat kita kena lah pasang niat dengan betul. Cuba ajak ahli keluarga bersama untuk lakukan aktiviti ini semua.

Kalau ahli keluarga atau rakan korang tinggal di rumah berbeza ketika pandemik ini, boleh videocall ajak bersama lakukan aktiviti sihat. Dalam masa sama, dapat merapatkan hubungan yang jauh.

Sumber: mStar