Dengar Cerita Anak Perempuannya, Azmin Ali Bakal TPM? Tapi Ini Jawab PM Yang Baru!

TERKINI
August 23, 2021 - 05:34 PM


Meskipun Perdana Menteri ke-9 yang baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa beliau hanya akan mempersembahkan senarai jemaah menteri Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum diumumkan pada minggu ini.

Namun sejak pagi Isnin (23 Ogos) media sosial kecoh sebentar dengan khabar angin yang mendakwa bahawa Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Semuanya berlaku apabila anak perempuan beliau iaitu Amira Azmin dikatakan telah memuat naik status di akaun Twitter yang mendakwa bapanya sah dilantik sebagai TPM Malaysia.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian akaun Twitter dengan nama @AmiraAzmin itu telah digantung.

Sementara itu, Perdana Menteri juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai senarai jemaah menteri yang disebarkan menerusi sosial media.

"Itu semua fake (palsu), setiap hari ada senarai baharu... bagus juga boleh bantu saya tetapi saya nak ingatkan jangan percaya, semua itu tak betul," katanya lagi.

"Tunggu pengumuman, kalau saya umum hari ini sudah tidak suspen, dalam minggu ini saya akan umumkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu sidang media selepas membuat lawatan lawatan kerja rasmi pertamanya ke daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah pada Isnin.

Ismail Sabri, 61, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu lalu susulan penyandangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Tumpuan negara kini tertumpu kepada jemaah Kabinet yang akan diumumkan Ismail Sabri selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Sumber: Hype.my

Destination: