
PM Isytihar Cuti Umum Susulan Michelle Yeoh Menang Oscar? JPM Nafi & Kata Ianya Palsu!
VIRALMarch 14, 2023 - 12:55 PM
Susulan kejayaan manis yang direkodkan oleh pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh mencatat sejarah sebagai anak tempatan pertama yang memenangi trofi Oscar.
Semalam (13 Mac) -- tular di media sosial mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman cuti umum pada Rabu (15 Mac 2023) susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh itu.
Bagaimanapun, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu hantaran di Facebook rasminya telah menafikan kenyataan tersebut.
JPM memaklumkan tangkap layar berita yang tular di media sosial memetik Anwar berkenaan hari cuti itu bertajuk "PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!" adalah palsu!
"Orang ramai diminta tidak menyebarkan atau berkongsi maklumat yang tidak pasti atau palsu. Tidak pasti, jangan kongsi," menurut hantaran itu pada Isnin.
Michelle yang merupakan anak kelahiran, Ipoh, Perak diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95, sekali gus menjadi pelakon Asia pertama mendapat pengiktirafan berprestij tersebut.
Destination:
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video