Berita Baik Kepada Pendaki, Gunung Kinabalu Dah Buka Gais!

TRAVEL
September 20, 2021 - 01:03 PM


Selepas ditutup lebih 3 bulan, aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu, Sabah kini kembali dibuka untuk kunjungan para pendaki.

Selaras kelonggaran SOP untuk sektor pelancongan yang diumumkan baru-baru ini -- semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah termasuk pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula kepada orang awam, bermula Khamis lalu (16 September).

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata kawasan Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan dan Pulau Bohey Dulang, Semporna serta Sub Stesen Ulu Kimanis mula beroperasi semula hari ini (20 September).

Berikut pula adalah syarat-syarat yang digariskan bagi pembukaan semula Gunung Kinabalu:-

1) Pembukaan taman itu terhad kepada peraturan yang ditetapkan seperti pelawat yang lengkap divaksinasi COVID-19 sahaja dibenarkan.

2) Pelancong domestik dari daerah yang sama sahaja dibenarkan.

3) Jumlah pelawat ke destinasi itu juga dihadkan kepada 100 orang pada satu hari, untuk setiap destinasi lawatan.

4) Semua aktiviti yang dibenarkan dalam taman tertakluk kepada prosedur prosedur operasi standard (SOP) operasi stesen Taman-Taman Sabah selaras dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 yang dikemas kini pada 11 September lalu.

Sumber: BERNAMA

Destination: