Layanan 'Double Standard' Dari YG Entertainment Terhadap Lisa, Cetuskan Kemarahan Peminat

TERKINI
October 07, 2021 - 11:51 AM


Baru baru ini, di segenap portal hiburan meriah mengenai kehadiran ahli anggota Blackpink seperti Jennie dan Rosé ke majlis fesyen yang ternama seperti Met Gala dan Chanel.

Namun, sebahagian besar peminat Blackpink mula menyoal YG Entertainment dimanakah Lisa yang baru baru ini dipilih sebagai duta global rasmi jenama perhiasan mewah, BVLGARI.

Difahamkan Lisa yang telah pun berada di Paris bagi acara tersebut tetapi pihak YG Entertainment telah melarangnya untuk turut serta dalam sebarang acara di sana.

Perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif BVLGARI Jean-Christophe Babin secara peribadi di Instagramnya untuk menjelaskan keadaan tersebut kepada peminat.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by JCBabin (@jc.babin)

Menurutnya, pihak agensi Lisa iaitu YG Entertainment telah melarangnya sertai sebarang aktiviti di sana susulan penularan wabak COVID-19. Oleh itu, pihak BVLGARI tidak dapat mengambil gambar Lisa bersama duta yang lain untuk kempen jenama tersebut.

Penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif BVLGARI itu mendapat perhatian para peminat Lisa di seluruh dunia. Peminat mula perasan ada layanan ‘double standard’ selepas ahli Blackpink yang lain bebas menyertai acara besar tetapi tidak Lisa.

Rata-rata peminatnya mahukan keadilan diberikan kepada Lisa dan YG Entertainment sepatutnya memberikan layanan sama rata. Bukan itu sahaja, para peminat turut mengecam tindakan YG Entertainment kerana alasan yang diberikan hanya terpakai untuk Lisa sahaja dan bukannya ahli Blackpink yang lain.

Adakah layanan yang diterima Lisa disebabkan beliau berasal dari Thailand? Hmmmm

Destination: