Melaka Tersenarai Antara Destinasi Trendy Bagi Tahun 2022

TRAVEL
October 21, 2021 - 05:51 PM


Selepas banyak negara kembali membenarkan menerima pelancong luar, sebuah laman web tempahan penginapan terkenal, Booking.com baru-baru ini telah menyenaraikan destinasi yang bakal ‘trending’ pada tahun 2022.

Menariknya, senarai destinasi yang biasanya terkenal sebagai destinasi tumpuan seperti bandar New York, Bangkok, Turkey dan lain-lain tidak tersenarai.

Selain itu, tahun 2022 dikatakan tahun yang mana sektor pelancongan akan kembali pulih setelah teruk terjejas gara-gara pandemik yang melanda seluruh dunia. Menerusi ramalan laman web terkemuka berkenaan, 8 destinasi telah terpilih.

Kalau diperhatikan, semua destinasi yang disebutkan sebagai ‘trendy’ pada tahun 2022 ini bukanlah destinasi yang menjadi tumpuan para pelancong, sebagai contoh, Atlanta pada kali terakhir menjadi tumpuan adalah pada tahun 1996 dan pada waktu itu, berlangsungnya temasya sukan olimpik.

Dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa destinasi di Asia yang turut tersenarai, antaranya adalah sebuah bandar di Taiwan iaitu Taichung, yang merupakan bandar kedua terbesar di negara tersebut.

Jika pemilihan bandar-bandar tadi tidak terlalu mengejutkan, difahamkan Booking.com telah menamakan bandar Gramado berbanding bandar yang sering menjadi sebutan di Brazil seperti Rio de Jeneiro mahupun Sao Paulo.

Paling menarik perhatian ramai adalah bandar Melaka yang turut tersenarai di kedudukan ke-8 dan merupakan satu-satunya bandar daripada Asia Tenggara dan tiada nama bandar terkenal lain seperti Jakarta mahupun Bangkok.

 

Destination: