Anda Ada Plan Bercuti Ke Pantai Tak Lama Lagi? Hati-Hati Dengan Fenomena Air Pasang Besar!
TERKINIBagi anda yang mungkin telah mempunyai rancangan untuk bercuti beberapa hari lagi terutama di negeri Kedah, Perak, Selangor dan Johor -- ini ada satu peringatan khusus buat anda!
Mulai 4 November ini sehingga 7 November dijangka berlaku fenomena air pasang besar yang akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.
Keempat-empat negeri terbabit dikatakan berisiko mengalami banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.
Peringatan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali.
Menurut Nor Hisham kawasan terlibat di Kedah adalah Kuala Muda; Perak (Bagan Datuk); Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).
Oleh itu, orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang ini selain memantau keadaan cuaca.
Selain itu, mana-mana pengunjung pantai turut dinasihatkan lebih berhati-hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi sepanjang 4 hari tarikh tersebut.
INFOGRAFIK
— JPS Malaysia (@DID_Malaysia) October 31, 2021
HEBAHAN RAMALAN KEJADIAN FENOMENA AIR PASANG BESAR DI NEGERI-NEGERI PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA PADA 4 HINGGA 7 NOVEMBER 2021 pic.twitter.com/6JTt0nvB9Y
Sumber: Twitter JPS Malaysia