Tunku Mahkota Johor Tepis Dakwaan Bahawa Projek Forest City Gagal

GAYA HIDUP
November 22, 2021 - 08:18 PM


Baru-baru ini, kecoh satu channel youtube yang mendakawa bahawa Projek Forest City di Johor adalah satu kegagalan. 

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sulatan Ibrahim berkata dakwaan projek Forest City di Iskandar Puteri sebagai projek mega yang gagal adalah tidak benar dan fitnah disebarkan oleh pihak tertentu.

Berkongsi mengenai pembangunan projek melalui laman Facebooknya, Putera Mahkota berkata Forest City adalah projek yang sedang dibangunkan secara berterusan dan mampan.

Tunku Ismail berkata projek itu menyumbang pendapatan RM630 juta kepada kerajaan Negeri dalam bentuk antara lain cukai dan dividen, selain mewujudkan 1,200 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan menganugerahkan kontrak bernilai RM1.4 bilion kepada 150 syarikat pembinaan tempatan.

Menurut Tunku Ismail, Forest City turut menerima Global Model of Low-Carbon City Planning and Design Award dari Sustainable Cities and Human Settlements Award (SCAHSA) (diadakan dalam talian) pada akhir bulan lalu.

“Ini menunjukkan bahawa projek ini tidak gagal, sebaliknya menarik perhatian di persada dunia dengan kemajuan teknologinya,” katanya.

Sumber: TheVocket

Destination: