Pengambilan Dos Penggalak Secara Walk-In Diberhentikan, Perlu Tunggu Tarikh Temujanji

GAYA HIDUP
January 04, 2022 - 03:36 PM


ProtectHealth Corporation mengumumkan bahawa suntikan bagi dos penggalak kini tidak lagi dibenarkan secara walk-in di luar kawasan PPV.

Keputusan itu dibuat setelah melihat keadaan sepanjang minggu lepas, suasana sesak dan orang ramai kelihatan beratur panjang untuk menunggu di beberapa pusat vaksin walk-in  di kawasan sekitar Lembah Klang

.

Oleh hal yang demikian, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) menyarankan orang ramai untuk menunggu tarikh temu janji yang ditetapkan di aplikasi MySejahtera.

Tindakan ini dilakukan bagi mengelak daripada perhimpunan secara besar-besaran yang jelas sekali bertentangan dengan SOP Covid-19 kerana tempat-tempat bagi mendapatkan dos penggalak secara walk-in ini kebanyakannya berada di kawasan yang tidak dapat menampung penjarakan sosial yang ditetapkan.

Dikatakan, pada dasarnya individu yang telah mendapat temu janji perlu diutamakan. Pendaftaran sebagai senarai sandaran pada mulanya hanya dibenarkan untuk wak-in.

Sumber: The Star

Destination: