Kerana Mulut Badan Binasa, Chris Rock Makan Pelempang Will Smith

TERKINI
March 28, 2022 - 02:03 PM


Majlis Oscar 2022 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dicemari dengan insiden aktor ternama Will Smith menampar selebriti Chris Rock di pentas anugerah berprestij itu di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia).

Insiden itu berlaku gara-gara Smith berang apabila Rock mempersenda isterinya, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej botak.

Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

Seperti kelazimannnya, Rock yang sangat sinonim dengan sikap humornya mula bergurau dengan penonton dan sebaik terpandang wajah Smith dan Jada, dia membuat keputusan bersenda dengan pasangan suami isteri itu

Guruan Rock terhadap Jada yang kini muncul dengan imej botak berikutan masalah kesihatan itu lebih sesuai untuk membitangi filem G.I. Jane hanya mengundang padah.

Kepada Smith, apa yang disebut Rock bukan lagi gurauan, sebaliknya, tindakan itu satu penghinaan.

Ketika menyampaikan ucapan selepas ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022, aktor Will Smith memohon maaf secara terbuka kepada penganjur Anugerah Academy itu serta seluruh penggiat seni berikutan tindakannya ‘menyerang’ selebriti Chris Rock di acara berkenaan.

 

Destination: