4 Perkara Perlu Dititkberatkan Jika Anda Solat Tanpa Sejadah
RILEKLAH XSolat tanpa sejadah sering kali kita lakukan terutama jika berada di tempat yang baru atau ketika sedang melancong. Walaupun tanpa sejadah solat tetap perlu dilakukan. Jika di hotel yang tidak menyediakan sejadah korang boleh sahaja menggunakan kain atau tuala yang bersih sebagai alas.
Bagi kaum lelaki pula solat tanpa sejadah selalu terjadi terutama ketika solat jumaat, ini kebiasaannya terjadi kepada mereka yang datang lambat ke masjid selalunya. Ruang yang ada pun dah hujung-hujung sampai ke luar masjid kadang-kadang.
Solat secara terus di atas lantai tanpa sejadah
Menurut penjelasan daripada Mufti Wilayah, boleh dan hukumnya adalah harus untuk mendirikan solat di atas tanah atau lantai tanpa menggunakan alas atau sejadah.
Hal ini adalah berdasarkan daripada sebuah hadis yang telah diriwayatkan, yang membawa maksud “Aku (Rasulullah) diberikan lima kemuliaan yang tidak diberikan kepada sesiapa pun sebelum aku. (antaranya) Dijadikan kepada aku bumi sebagai tempat sujud dan tanahnya untuk bersuci. Oleh itu, di mana sahaja seseorang itu mendapati waktu solat, maka hendaklah dia mendirikan solat.” - Hadis Riwayat Bukhari, no. 438
Jadi, jika anda terlupa membawa sejadah atau kain sebagai alas, boleh sahaja untuk mendirikan solat tanpanya. Ia tidak mengganggu solat anda daripada terbatal atau makruh.
4 Perkara Perlu Dititkberatkan Jika Korang Solat Tanpa Sejadah
#1. Pastikan lantai itu bersih daripada najis dan kotoran – Antara syarat sah solat adalah tempat dan pakaian anda bersih daripada najis dan kotoran. Oleh itu, pastikan di atas lantai tempat yang bakal anda bersujud kelak, bersih.
#2. Jangan solat di kawasan kubur dan tandas – Ia adalah antara tempat yang dilarang untuk menunaikan solat. Jadi, pastikan anda tidak bersolat di kawasan itu.
#3. Pastikan lantai itu bersih untuk mengelak penyakit berjangkit – Kita sedang dilanda penyakit COVID-19. Oleh itu, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah kebersihan.
#4. Sama ada pakaian mahupun tempat untuk anda solat, ia perlu diambil berat. Sapulah sedikit lantai itu (tempat anda bersujud) dengan tisu basah untuk membersihkannya.
Sekurang-kurangnya anda telah berusaha untuk mengambil langkah pencegahan sebelum bertawakkal kepada Allah.
Kesimpulannya boleh sahaja untuk menunaikan solat tanpa sejadah dan alas, namun perlu dipastikan agar ia betul-betul bersih. Yang penting solat!
Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan