Ace Media Network Bakal Bergelar Rangkaian Influencer Terbesar Di Asia Tenggara!

GAYA HIDUP
June 29, 2022 - 09:50 PM


Ace Media Network (AMN) bakal menjadi nama besar di platform media digital rantau ini hasil daripada kerjasama dengan Mediaload.

Untuk makluman, Rileklah.com yang sedang anda layari sekarang ini adalah salah satu portal yang bernaung di bawah AMN.

Setelah diambil alih oleh Mediaload, nampak gayanya bertambah besarlah reputasi AMN dalam waktu terdekat dan bakal menggegar negara-negara di Asia Tenggara!

Menyorot sedikit latar belakang Mediaload, ia merupakan satu syarikat media digital yang berpangkalan di Singapura dan menguasai pasaran di Kemboja serta Myanmar.

Bersandarkan kepada potensi besar yang dimiliki, mereka berjaya menarik minat True Digital Group iaitu salah satu jenama gergasi dalam dunia telekomunikasi di Thailand untuk melabur pada tahun 2020.

Dari Kiri: CSO AMN Eric Kwan, CTO AMN MB Law, COO AMN Nicholas Ng & CEO AMN Ben Wong 

 

Selain itu, AMN yakin dengan aset tersendiri mereka iaitu KOMACI Network, satu medium penghubung antara influencer media sosial yang mampu membantu para klien untuk berkembang dengan lebih meluas.

Setakat ini terdapat lebih daripada 9 ribu influencer yang berhubung rapat dengan KOMACI Network.

Hasil daripada pemilikan baru ini, AMN dijangka akan lebih berdaya saing dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih efektif dan eksklusif di serata wilayah ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif AMN, Ben Wong juga amat yakin dengan inisiatif ini dan menjangkakan AMN bakal menjana pertumbuhan sekurang-kurangnya 50% setiap tahun dalam tempoh 3 tahun yang akan datang. 

Beliau juga optimis sasaran itu mampu dicapai meskipun ekonomi dunia masih bergelut dalam fasa pasca pandemik COVID-19. 

Apa-apa pun, jangan lupa untuk terus mengikuti perkembangan terkini rileklah.com serta 88Razzi.com dan KOMACI Network. Terima kasih atas sokongan anda!

 

Destination: