Ramai Tertipu Beli Air Zam-Zam Online. Rupanya Yang Asli Boleh Dibawa Balik Oleh Jemaah Haji Atau Umrah Sahaja!

GAYA HIDUP
July 05, 2022 - 01:07 PM


Korang pernah tak membeli atau mempunyai kenalan yang menjual air zam-zam di platform jualan online?

Pernah tak korang meragui sama ada air tersebut adalah benar-benar tulen air zam-zam dari Mekah atau tidak?

Ya, semua air zam-zam yang kononnya diedar, dijual dan dibeli itu semua adalah palsu belaka!

Ini kerana ada 2 sebab iaitu :

1) Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Keselamatan Makanan memaklumkan tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air zam zam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Ini membawa maksud, pengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air KKM, setelah mendapat dokumen pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

2) Kerajaan Arab Saudi sendiri tidak mengeluarkan pengesahan tersebut kerana air zam zam tidak
boleh dieksport dan diperdagangkan.

Justeru itu air zam zam yang diiklan atau dijual di pasaran ketika ini diragui ketulenannya.

Kenyataan tersebut sekaligus membuatkan rata-ratanya tersentak dan terkejut apatah lagi ramai yang
pernah membeli air zam zam yang dijual di premis tertentu mahupun laman e-dagang.

Terbaharu, kupasan oleh seorang pelayar Twitter turut membuka mata ramai pihak kerana terpedaya
dan menyangka air zam zam yang dibeli di premis mahupun secara dalam talian, rupa-rupanya bukan
asli.

Sumber: Mstar

Destination: