Wow! Melaka Ada Akuarium Paling Interaktif Di Malaysia!

TRAVEL
July 06, 2022 - 12:51 PM


Ini adalah The Shore Oceanarium, Terletak dalam bangunan terkenal The Shore di Melaka. Disini, terdapat lebih 100 jenis ikan selain daripada kerang dan tapak sulaiman.

Akuarium ini memang tak bosan sebab anak-anak bukan sekadar datang untuk lihat pelbagai spesis hidupan dalam akuarium, bahkan banyak aktiviti yang cukup menarik dan menyeronokkan!

Paling wow, anda akan diberi cermin mata 3D untuk menonton tayangan khas 8 dalam 1 & cenderamata dengan setiap pembelian tiket.

Selain itu, antara tarikan utama di The Shore Oceanarium adalah : ​

  • Oceanarium's Aquarist Lab ​
  • Jungle Quest
  • Dangerous Marine Species ​
  • Interactive Touch Pool ​
  • Fun & Freakish ​
  • Augmented Reality Hall
  • ​Magic Aquarium
  • ​Kampung Penyu ​
  • Living Fossil
  • Ocean Journey
  • Ocean Theatre
  • ​River Story
  • ​Sea Shells Museum ​
  • Shark Quest ​
  • Genomic DNA Extraction's
  • Fluorescent Fish Exhibits ​
  • Ray Tunnel
  • ​Schooling Fish Tunnel ​
  • Music Sound of the Sea ​
  • Infinity Aquaroom ​
  • Underwater Cultural Remix Mural Art ​Kids
  • Dome Aquarium

Ha tak ke banyak tarikan di The Shore Oceanarium ni! Harga tiket pun cukup berpatutan:

RM 40 untuk dewasa, RM 30 untuk kanak-kanak

Alamat: The Shore Oceanarium, Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Melaka

Sumber & Kredit: JalanCutiSantai (Twitter)

Destination: