Korang Hantu Durian? Cepat Rebut "Pakej Durian Tourism" Ni, Siap Ada Diskaun!

TRAVEL
July 18, 2022 - 11:20 AM


Siapa dekat sini yang hantu durian? Mesti ramai, kan....

Korang tahu tak yang pihak Tourism Malaysia mempromosikan "Pakej Durian Tourism" mulai 1 Julai lepas sehingga 31 Ogos ini untuk korang yang kaki makan raja buah itu.

Antara pakej yang ditawarkan ialah Pakej 2 Hari 1 Malam bermula daripada RM290 seorang dan Pakej 3 Hari 2 Malam bermula daripada RM388 seorang dengan tempahan minimum empat orang bagi setiap pakej.

Paling menarik, pihak Tourism Malaysia turut menawarkan diskaun 10 peratus kepada pembeli pakej tersebut!

Bagi menjayakan kempen itu, Tourism Malaysia telah menjalin kerjasama dengan 5 pengusaha pelancongan dalam membangunkan pakej durian yang menggabungkan elemen ekopelancongan, agropelancongan, arkeopelancongan dan pengembaraan lasak.

Pengusaha terlibat ialah Kurma Travel and Tours Sdn Bhd, Adventure360 Tours Sdn Bhd, Time Free Vacation Sdn Bhd, M.Maha-Izah Transport and Tours Sdn Bhd dan Asia Gateway Tours.

Maklumat lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan korang boleh perolehi menerusi laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel," katanya.

Pihak Tourism Malaysia menyasarkan menjual 500 hingga 600 Pakej Durian Tourism yang dijalankan di sekitar negeri Wilayah Utara.

Sumber: BERNAMA

Destination: