Pasangan Dera Anak Angkat Dengan Batang Penyapu Mengaku Bersalah, Didenda RM20 Ribu

GAYA HIDUP
July 27, 2022 - 02:58 PM


Pasangan suami isteri yang tular dalam video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan empat tahun dipukul menggunakan penyangkut baju, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini pada Rabu, atas pertuduhan menganiaya mangsa, beberapa bulan lalu.

Isteri, Amira Hamzah, 28, warga tempatan manakala suaminya, Mohd Fitri Jasman, 30, dari Singapura, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai orang yang memelihara seorang kanak-kanak perempuan, telah menganiayanya hingga mengalami kecederaan fikikal. Pasangan tersebut didenda RM20,000 

Destination: