Bekas Isteri Engku Emran Ini Umum Bersara Dari Dunia Seni Untuk Prepare Jadi Puteri Arab?

TERKINI
August 05, 2022 - 05:46 PM


Mula-mula kecoh gosip mengatakan pelakon terkenal Indonesia iaitu Laudya Chintya Bella telah melangsungkan pernikahan melalui proses ta'aruf dengan seorang jejak Arab yang menetap di Dubai.

Tidak lama kemudian, Laudya menerusi pengurusnya menyangkal dakwaan tersebut dan mengesahkan berita tersebut sebagai palsu.

Namun tak sampai beberapa hari, Laudya pula membuat pengumuman secara tiba-tiba mengatakan yang dirinya mahu bersara daripada dunia seni.

Memetik laporan berita Indonesia -- Laudya memaklumkan dia sudah lama merancang untuk bersara daripada dunia seni.

Laudya turut memohon peminat terus mendoakan agar dia berjaya dalam kehidupan.

“Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga istiqamah dan filem terakhir saya adalah 'Buya Hamka'.

“Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.

“Saya ingin berjaya di dunia dan akhirat. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan lalui selepas ini,” katanya.

Laudya berkata demikian dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media di Indonesia.

Sebelum ini, Laudya Cynthia Bella sendiri digosipkan rapat dengan jejaka dari Dubai. Khabar angin semakin kuat apabila rakan artis, Shireen Sungkar bertemu dengannya di Dubai.

Pelakon yang cukup popular dengan siri filem "Surga Yang Tak Dirindukan" ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan dan selebriti Malaysia, Engku Emran pada September 2017 -- namun bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup mereka selama 3 tahun itu bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Astro Awani

Destination: