Fionanas Orchard Resort Tawar Percutian Dalam Ladang Nanas Premium MD2

TRAVEL
August 17, 2022 - 05:22 PM


Jika bercuti ke Melaka dan anda inginkan sebuah penginapan homestay yang berkonsepkan agro pelancongan atau lebih tepat 'rumah inap di dalam ladang nanas' -- anda boleh cuba bermalam di FIONANAS ORCHARD RESORT !

Menariknya bercuti di homestay ini anda bakal 'dijamu' dengan suasana indah panorama ladang nanas premium iaitu MD2 seluas 40 ekar di Nusa Dusun Kuala Linggi, Melaka.

Bercuti di Fionanas Orchard Resort ini anda akan merasai pengalaman bermalam di rumah Melayu lama berusia 100 tahun yang dibawa dari Perak, sebelum ia dibuka satu-persatu dan dipasang semula di Kuala Linggi, Melaka.

Melihat rumah lama yang tersergam indah dari luarannya saja sudah tahu betapa cantik dan antik dekorasi dalaman rumah tersebut dengan pelbagai koleksi barangan klasik, tetapi masih lagi mengekalkan sentuhan moden demi keselesaan pengunjung apabila turut dilengkapi jakuzi dan penghawa dingin.

Selain itu, ada juga fasiliti seperti BBQ pit, glamping picnic dan khemah untuk yang nak merasai pengalaman bermalam ala outdoor.

Di sini ada 2 buah villa yang ditawarkan iaitu :

1) VILLA KASIH ABADI

- 1 studio house

- 1 outdoor kitchen

- 1 tower house (untuk kanak-kanak) 

2) VILLA KASIH SAYANG 

- Kapasiti 8-12 pax

- 2 king size beds

- 2 queen size beds

- 2 sofa beds

- Kitchen

- Air conditioned 

- Water heater

Memahami minat bergambar pelancong apabila datang bercuti, pihak Fionanas Orchard Resort turut menyediakan kain batik, baju kurung Kedah dan kain pelikat sebagai props untuk tetamu mereka posing OOTD di sekitar homestay tersebut, terutama di tangga kayu rumah itu yang sangat menonjolkan 'vibes' desa!

Kalau dah namanya bercuti di dalam ladang nanas, pastilah aktiviti utama yang ditawarkan di sini adalah melawat ladang tanaman tropika tersebut.

Bukan itu sahaja malah tetamu juga berpeluang merasai buah nanas segar dari ladang dan menikmati minuman nanas asli tanpa sebarang pengawet dan gula tambahan. Rasanya memang manis dan sangat menyegarkan!

Selain lawatan ke ladang nanas, percutian ke Fionanas Orchard Resort ini juga pastinya tidak akan membosankan kerana di sini terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.



AKTIVITI YANG DISEDIAKAN:
✅ MENUNGGANG ATV
✅ MENUNGGANG KUDA
✅ PINGPONG
✅ BASIKAL
✅ TUAI NANAS
✅ PELBAGAI PERMAINAAN TRADISIONAL

Pastinya pengalaman bercuti di rumah berusia 100 tahun di tengah-tengah ladang nanas dijamin memberikan ketenangan dan kedamaian yang sukar didapati di bandar-bandar besar, selain dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang sesama keluarga dan rakan-rakan.

FIONANAS ORCHARD RESORT 

ALAMAT: Nusa Dusun Kuala Linggi, Melaka​

NO TELEFON: 012-4248494

FACEBOOK: Fionanas Orchard Resort

 

Destination: