Wanita Muslimah Bercuti Dengan BF, Tidur Satu Bilik Yang Penting Jaga Niat! Gituh

TERKINI
August 17, 2022 - 06:54 PM


Korang jangan macam-macam ya, boleh pulak bercuti dengan lelaki tapi duduk satu bilik, walaupun niat tak nak berzina tapi ianya tidak menghalalkan cara. Apa nak jadi dengan kaum hawa sekarang ya. 

Point pertama adalah niat tak menghalalkan cara. Dah memang sah tak boleh walaupun niat ko tak nak berzina. Mungkin dia tak tahu apa maksud zina mata. Tengok pun dah kira berzina apatahlagi tidur satu bilik. Kesian mak ayah kau dik kalau tau anak pereempuan dia bercuti dengan BF tidur satu katil. 

Point kedua adalah muslimah ini sendiri yang pergi buka ain dan canang satu dunia. Bukannya orang lain tak buat perkara macam ni tapi tak perlulah buka aib sendiri. Allah dah tutup dah aib kau dik supaya orang tak tahu tapi kau sendiri yang bukaa. 

Point ketiga nak jimat masa bercuti ada banyak lagi caranya kau boleh berjimat. Ini bukan jimat dik ini nak jimak...

Kalau ikutkan banyak lagi nak bagi point ni tapi korang baca sendirilah komen-komen netizen. 

Batasan dengan bukan mahram

Hukum asal pergaulan lelaki dan perempuan adalah haram, kecuali perkara yang dibolehkan. Walaupun mendapat kebenaran ibu bapa, ia tetap tidak dibenarkan melainkan ada bersama mahram dan jelas terhindar daripada maksiat.

Bertakwalah kepada Allah SWT apabila Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Begitu juga dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana syaitan akan hadir sebagai orang ketiga." (Hadis Riwayat Ahmad)

Begitu juga larangan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah selepas hari ini (walau) seorang pun lelaki masuk ke dalam (rumah) seorang wanita ketika suaminya tiada melainkan jika ia bersama seorang atau dua orang yang lain." (Hadis Riwayat Muslim)

Dinasihatkan supaya bersabar dalam menjalin hubungan yang diredai Allah SWT dan ikat hubungan ini dengan perkahwinan.

Adakah saudari boleh meyakini mereka yang biasa melanggar perintah dan larangan Rasulullah SAW akan menjaga janjinya dengan manusia? Semoga Allah memberkati hubungan saudari.