Dakwa Jadi Mangsa Gangguan S3ksual Oleh Bapanya, Rina Harun Bersedia Panggil Aqish & Bapa Untuk Siasatan

TERKINI
September 06, 2022 - 10:23 AM


Baru-baru ini, viral di semua paltform sosial media tentang pendedahan yang agak mengejutkan dari pelakon berbakat besar Puteri Balqis melalui satu podcast di channel Youtube Brosgangtv.

Melalui podcast tersebut, Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish, berkongsikan pengalaman atau peristiwa hitam yang menimpa dirinya sejak kecil lagi. Biarpun diangkat sebagai antara pelakon yang 'gifted' dari awal pembabitannya dalam dunia senia, netizen lebih cenderung mengecam akan penampilannya.

Yang lebih mengejutkan, dia mengaku bahawa pernah menjadi mangsa gangguan seksual dari darah dagingnya sendiri iaitu bapa kandungnya. Didakwa pernah diraba dan dipaksa menonton porno.

Susulan viral klip dan siri podcast tersebut, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tampil bersedia untuk melakukan siasatan.

Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, setakat ini walau bagaimanapun belum ada laporan rasmi yang diterima pihaknya dan beliau juga baru mengetahui mengenai hal tersebut melalui laporan media.

Jika betul ada, kita akan panggil dia dan bapanya untuk disiasat serta tidak teragak-agak ambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Destination: