"Naik Bas Pun Tak Selamat!" - Wanita Kongsi Video Lelaki Cuba Raba Dalam Bas

TERKINI
May 05, 2023 - 01:21 PM


Gangguan seksual di Malaysia dilihat semakin menjadi-jadi dan boleh berlaku walaupun di tempat awam. Ada sahaja berita tentang orang buat perkara tidak senonoh kita dengar saban hari. Gangguan seksual sering terjadi lebih lagi terhadap wanita.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok kongsi satu video yang menunjukkan bagaimana beliau diganggu oleh seorang penumpang lelaki yang cuba melakukan satu perkara yang jijik terhadapnya.

@sha.aaz Peringatan untuk kaum hawa! #fyp#kasiviral ♬ bunyi asal - 🅿 🆄 🆃 🅴 🆁 🆈 🎀

Jelas kelihatan lelaki itu cuba meraba mangsa, dan tingkahlakunya berjaya dirakam biarpun mangsa dalam keadaan takut. Lebih menyedihkan di ruang komen, ramai wanita berkongsi pengalaman bahawa mereka pernah melalui benda yang sama.

Kepada semua wanita di luar sana, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan jangan segan untuk meminta bantuan orang lain. Lebih baik jika anda membawa sendiri sebarang alat perlindungan diri seperti penyembur lada dan sebagainya. 

Kepada para lelaki gatal, hentilah mengganggu wanita lain. Para wanita perlu dibela dan dilayan dengan penuh rasa hormat.

Destination: