Wow, AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk 'Percuma' Bermula 19-25 Sept Ini!
TERKINIWow, 5 juta tempat duduk percuma!
Mulai hari ini (19 September) sehingga 25 September -- AirAsia menawarkan jualan 5 juta tempat duduk PERCUMA* sempena meraikannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka Asia.
Dalam satu kenyataan di laman web rasminya, AirAsia menjelaskan para tetamu boleh menikmati tawaran tambang penerbangan yang tiada tandingan untuk destinasi di seluruh Asean dan lain-lain untuk tempoh perjalanan antara 1 Januari dan 28 Oktober 2023.
Jualan tempat duduk PERCUMA* ini tersedia untuk pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa yang popular di seluruh Asean termasuk Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Krabi, Phu Quoc dan Singapura.
Bagi promosi ini tambang tempat duduk untuk penerbangan domestik ditawarkan serendah RM23 sehala manakala RM54 untuk penerbangan di rantau Asean.
Kepada mereka yang ingin melancong lebih jauh, jualan ini juga tersedia bagi syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X dan Thai AirAsia X untuk penerbangan ke Korea Selatan, (Seoul), Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland) dan India (New Delhi).
Pelanggan boleh menikmati harga tambang termasuk semua sehala daripada RM499 untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed.
Tempoh perjalanan adalah antara 3 Oktober 2022 dan 28 Oktober 2023.
Dengan penyambungan semula operasi semua syarikat penerbangan ke pasaran-pasaran utama, AirAsia X juga mengumumkan penerbangan terus baharu dari Kuala Lumpur ke Jeddah di Timur Tengah dan ke Tokyo (Haneda) dan Sapporo di Jepun, yang akan dilancarkan pada bulan November dan Disember serta sedia untuk ditempah mulai sekarang.
Laluan popular Kuala Lumpur ke Jeddah kembali di atas permintaan ramai akan mula beroperasi sebanyak enam kali seminggu bermula 14 November dengan tambang termasuk semua bermula daripada RM1,799 untuk tempat duduk ekonomi dan RM2,999 untuk tempat duduk Premium Flatbed bagi tempoh perjalanan antara 14 November 2022 dan 25 Mac 2023.
Penerbangan terus ke Tokyo (Haneda) dan Sapporo juga telah kembali! Nikmati tambang termasuk semua sehala daripada RM599 untuk tempat duduk ekonomi dan RM2,599 untuk tempat duduk Premium Flatbed bagi tempoh perjalanan antara 21 November 2022 dan 24 Mac 2023 untuk Tokyo dan 1 Disember 2022 dan 1 Februari 2023 untuk Sapporo.
Tempahan boleh dibuat dengan menekan pada ikon ‘Flights’ di aplikasi airasia Super App atau laman web.
Sumber: AirAsia