[VIDEO] 10 Tahun Kisah Jatuh Bangun Khairul Aming Dikompilasikan Dalam Video Birthday 30 Tahun
TERKINISiapa yang tidak kenal dengan anak muda bernama Khairul Aming -- seorang influencer yang buat ramai terpesona dengan kelazatan 'air tangannya' serta kisah inspirasi kejayaan hidupnya pada hari ini.
Semalam, 25 September merupakan hari lahir Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman yang ke-30 tahun.
Istimewanya sempena menyambut hari kelahiran yang masuk 3-series, selebriti masakan media sosial Malaysia itu 'menghadiahkan' jutaan pengikutnya dengan sebuah video kompilasi perjalanan kisah hidupnya sepanjang 10 tahun mengharungi pelbagai liku cabaran dan dugaan sebelum berjaya pada hari ini.
Video inspirasi tersebut kini viral di pelbagai platform media sosial dan mendapat bermacam komen positif dan pujian daripada pengikutnya.
Today is my 30th birthday. finally dah masuk 3-series
— Khairulaming (@khairulaming) September 25, 2022
I buat video ni untuk compile my life journey dari umur 20 ke umur 30. Sepuluh tahun yang penuh dgn macam-macam memori. Thanks to everyone for being part of the journey 🥺 pic.twitter.com/spumbo7SyQ
PERKONGSIAN JATUH BANGUN 10 TAHUN KHAIRUL AMING
Selepas mengharungi 10 tahun perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran kenangan manis dan pahit semuanya membuatkan pempengaruh Khairul Aming bersyukur dengan apa yang ada padanya hari ini.
Berkongsi detik-detik perjalanan hidup bermula di usia 20 tahun ketika belajar di luar negara beliau sudah mula berjinak dengan dunia fotografi.
Menyambut ulang tahun ke-30 semalam Khairul Aming menceritakan selama tiga tahun belajar di luar negara dengan graduan jurutera mekanikal dan kembali ke tanah air pada usia 23 tahun.
Bagaimanapun setelah kembali daripada belajar di usia 25 tahun beliau mula mencari pendapatan sampingan sambil bekerja di syarikat minyak dan gas, namun gagal.
“Umur 23 balik malaysia, usia 25 buat side incom buat meal gagal, buat baju gagal, buat templet resume pun gagal,”
Pada usianya 26 tahun saluran Rasapop di media sosial meletup, Khairul Aming memutuskan untuk membuat bisnes Sambal Nyet.
“Hari-hari naik LRT singgah Kampung Baru beli lada, beli botol nak buat sambal nyet, siap buat botol dan label semuanya gagal juga,” luah beliau.
Susulan itu, semua simpanannya habis digunakan dalam masa yang sama saluran Rasapop mula jatuh ‘view’ justeru Khairul memmulakan semula minatnya itu tanpa berselidung di sebalik Rasapop.
“Pada masa ini aku tak boleh menyorok di belakang Rasapop.Aku pun tampil dengan khairul Aming. Akhirnya pengikut aku naik dari seribu kemudian ratusan ribu akhirnya juta,” katanya lagi.
Tidak berhenti di situ, ketika umur Khairul 28 tahun hidupnya berubah selepas kematian ayahnya -- beliau mengambil keputusan keluar daripada syarikat minyak dan gas.
Dengan berbekalkan platform yang dia ada, simpanan yang sedikit dan dengan langkah berani dia tekad untuk mengubah nasib keluarga, akhirnya beliau berjaya pada hari ini.
Bermula dengan video masakan di media sosial kini khairul Aming berjaya menghasilkan 7 juta jualan Sambal Nyet dan sedang dalam proses menyiapkan kilang kedua di Kelantan.
“Buat aku bersyukur pada hari ini, bukan sahaja untuk aku seorang tapi aku kongsi dengan semua orang di sekeliling aku. Sekarang aku ada 2 kilang Sambal Nyet.
“Dan di usia 30 aku mahu reward untuk diri dengan melancong melihat dunia luar bagi menambahkan lagi kandungan di media sosial,” katanya lagi.