"Ebit Lew Orang Besar, Saya Orang Kecil" - Pengadu Takut Buat Laporan Polis, Anggap Tiada Siapa Bakal Percaya

TERKINI
September 27, 2022 - 05:09 PM


Mohd Fairuz Abu atau biasa disapa Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang merupakan saksi pendakwaan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew telah memberitahu mahkamah bahawa pengadu kes tersebut pada mulanya enggan membuat laporan polis kerana menganggap dirinya sebagai ‘orang kecil’ dan tertuduh pula sebagai ‘orang besar’.

Menerusi laporan dari Berita Harian, Fairuz yang juga seorang pakar motivasi menjadi saksi pertama pihak pendakwaan telah berkata yang dia sebelum ini ada menerima puluhan mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada beberapa pihak yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual dilakukan tertuduh.

“Salah seorang individu yang hubungi saya adalah ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan atas arahan mahkamah) pada jam 11.04 malam 26 Julai 2021…ada juga mangsa lain yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew, tetapi mereka tidak meletakkan nama mereka kerana takut dan tidak berani tampil ke depan.

“Pada awalnya ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam ‘posting’ (di Facebook).

Bila saya menyebut berkaitan Ebit Lew, maka pengadu terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengan beliau, juga menghantar gambar kemaluan yang diberikan oleh Ebit Lew melalui WhatsApp,” katanya.

 

Pakar motivasi itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Disebabkan itu, dia kemudian menasihatkan pengadu membuat laporan polis namun pengadu takut kerana menganggap dirinya hanya ‘orang kecil’ dan Ebit Lew pula sebagai ‘orang besar’.

“Saya katakan kepada ‘pengadu’ jika ruang dan peluang ini tidak digunakan untuk membuat laporan polis, maka bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu secara seksual oleh Ebit Lew,” jelasnya lagi.

Jawapan sempat dibantah peguam

Walau bagaimananpun, jawapan saksi kemudiannya dibantah peguam Ram Singh yang mewakili tertuduh kerana berpendapat jawapan “bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu oleh Ebit Lew“ bersifat tuduhan tanpa bukti.

“Jawapan itu tidak boleh direkodkan kecuali dia ada bukti laporan polis,” katanya.

Namun, Zahida membalas bantahan Ram Singh dengan menyatakan apa yang dikatakan saksi adalah perbualan antara dia dengan pengadu.

Tambah Fairuz lagi, laporan polis akhirnya dibuat tertuduh dan dia sendiri juga dipanggil untuk memberi keterangan.

Untuk rekod, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar gambar dan perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

'; jQuery(str).insertAfter('.field-name-body p:eq(' + pCount + ')'); }); }); qg("event", "product_viewed", { "product_id":"8792", "article_title":""Ebit Lew Orang Besar, Saya Orang Kecil" - Pengadu Takut Buat Laporan Polis, Anggap Tiada Siapa Bakal Percaya ", "category_name":"TERKINI", "destination":"Sabah", "article_writer":"ameerhzmn", 'hashtags': 'Ebit Lew,seksual,Kes,Viral', "article_image_url":"https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/featured-images/2022/09/27/GridArt_20220927_170352587.jpg?itok=aWqXVlee", "article_url":"https://rileklah.com/viral/ebit-lew-orang-besar-saya-orang-kecil-pengadu-takut-buat-laporan-polis-anggap-tiada-siapa" });

PENAFIAN

Rileklah.com merupakan sebuah portal santai yang memaparkan gaya hidup orang Malaysia. Sekiranya ada sebarang kandungan dianggap tidak sesuai pada pembaca, sila hubungi kami di [email protected]

Privacy Policy | Refunds Return Policy

PENGIKLANAN/PERTANYAAN

[email protected]

FOLLOW US

© 2024 rileklah.com All rights reserved. ACE MEDIA NETWORK SDN BHD (883993-K)