"Ini Ke Adat Orang Islam Dan Beragama?" - Roslan Shah Kesal Dengan Ebit Lew Mungkir Janji
TERKINISekali lagi, nama pendakwah terkenal Ebit Lew menjadi bualan netizen. Kali ini berkenaan dentgan pembabitannya dengan satu acara di Singapura.
Penganjur The Wedding Affair didakwa terpaksa menanggung kos kerugian sebanyak SGD 10,000 (kira-kira RM34,600) bagi kos penginapan, pengiklanan dan sewa tapak perniagaan gara-gara pembatalan sat akhir personaliti pendakwah dan aktivis Ebit Lew dalam sebuah acara jualan di Singapura.
Pengacara, Roslan Shah berasa terkilan. Melalui perkongsian di Instastory Roslan berkata, pihak
Ebit Lew tidak memaklumkannya lebih awal tentang perancangan Ebit Lew ke Tanah Suci.
"Harap maaf Cik Lan tak nak ada isu pasal Ustaz Ebit Lew. Kata dah janji nak datang expo Singapore. Pihak penganjur dah booking hotel dan iklan.
"Tadi dapat tahu Ustaz Ebit Lew pergi Haji rupanya. Bukti message Whatsapp katanya confirm semuanya.
"Sekarang Cik Lan dipersalahkan lagi," katanya.
Susulan itu, Roslan Shah meminta agar pihak pengurusan Ebit Lew menepati janji.
" Sebagai orang Islam janji ditepati. Awak manager dan call Cik Lan nk sangat join expo. Sekarang siap nak dipersalahkan? Nanti orang kecam Cik Lan lagi pasal ni.
"Ini ke adat orang Islam dan beragama," luahnya.
Menerusi tangkapan layar mesej yang dihantar kepada pihak pengurusan Ebit, Roslan memaklumkan yang dia mempunyai bukti bahawaa personaliti dakwah itu akan hadir ke acara tersebut.
Selain daripada itu, Roslan memaklumkan pihak pengajur telah memarahinya kerana Ebit Lew telah membatalkan kehadiran ke acara di Singapura di saat akhir. Sedangkan unggahan klan, tempahan hotel dan banyak lagi sudah dilakukan
Dalam pada yang sama, pihak penganjur juga mempersoalkan kewajaran Ebit Lew pergi menunaikan haji tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan sehingga berlaku pembatalan kehadiran di Singapura seperti dijanjikan.