PRU15: Pertama Kali Nak Mengundi? Ini 16 Benda "Do & Dont's" Yang Wajib Anda Tahu!
GAYA HIDUPTidak lama lagi, Malaysia akan menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih sendiri pemimpin yang akan mewakili suara mereka ke Parlimen juga ke Dewan Undangan Negeri (DUN).
Seperti mana pengumuman rasmi yang telah dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis lepas (20 Oktober) -- tarikh pengundian telah pun ditetapkan pada 19 November depan iaitu hari Sabtu.
Bagi anak muda yang berusia antara 18 hingga 20 tahun dan belum pernah mengundi -- anda tidak perlu bimbang kerana nama anda telah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi yang sah!
Namun sebagai pengundi yang akan menjalankan tanggungjawab buat pertama kali sebagai rakyat Malaysia dalam PRU15 nanti, pasti banyak persoalan yang bermain di minda, kan?
Jangan risau, jom ikuti perkongsian di bawah mengenai segala perkara yang perlu anda ketahui mengenai proses pilihan raya negara kita!
1. Nak bawa apa semasa mengundi?
– Kad pengenalan (IC). Kalau hilang IC, kena isi satu borang disahkan JPN.
2. Dah daftar, tetapi tiba-tiba dihalang mengundi, macam mana?
– Pergi terus ke balai polis berdekatan.
3. Boleh ke hantar wakil untuk mengundi?
– Tidak dibenarkan.
4. Pengundi adalah golongan OKU cacat penglihatan, macam mana nak mengundi?
– SPR benarkan dia datang berteman. Perlu isi satu borang sebagai pengiring.
5. Boleh ke guna IC orang lain untuk mengundi?
– Tidak dibenarkan.
6. Hari mengundi nanti pengundi positif Covid-19, boleh ke datang mengundi?
– Boleh. Ada saluran khas untuk pengundi positif Covid. Tak bercampur dengan orang lain.
7. Kenapa ada banyak saluran mengundi?
– Tak nak bagi sesak di tempat buang undi. Saluran 1 biasanya untuk warga emas.
8. Perlu ke daftar lagi nama semasa hari mengundi nanti?
– Tidak perlu dah. Semak nama ada di saluran mengundi. Dah tau saluran, terus beratur mengikut saluran.
9. Bagaimana bagi pengundi OKU dan wanita mengandung?
– Ketua tempat mengundi diberi kuasa untuk beri keutamaan kepada mereka untuk masuk ke tempat mengundi, supaya tidak perlu tunggu lama di luar.
10. Pagi hari mengundi, tiba-tiba IC hilang, nak buat macam mana?
Dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri:
- pasport biru
- pasport merah
- lesen memandu yang bergambar atau
- kad rasmi pengenalan diri dikeluarkan mana-mana pihak berkuasa kerajaan
11. Bila waktu mula mengundi?
– 8 pagi hingga 6 petang (Semenanjung);
– 7.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabah, Sarawak).
12. Ada tempat mengundi ditutup awal, betul ke?
– Ya, kerana beberapa faktor seperti keadaan geografi, jumlah pengundi dan lain-lain.
13. Adakah tidak boleh gunakan pen untuk tanda kertas undi?
– Penggunaan pen dibenarkan. Bagi mudahkan pengundi, ada tersedia pensil di tempat mengundi.
14. Tanda kertas undi hingga terkeluar dari petak undi, adakah kertas undi akan rosak?
– Masih lagi diterima. Janji ada tanda.
15. Boleh ke pengundi berdaftar di Sabah Sarawak tetapi menetap di Semenanjung memohon undi secara pos?
– Tidak dapat. Undi pos bagi yang dalam negara hanya untuk askar, polis, ahli/pegawai SPR dan petugas media yang bertugas pada hari mengundi awal.
16. Bagaimana cara nak semak tempat mengundi?
– Portal rasmi spr.gov.my
– Call ibu pejabat SPR 03-8892 7018
– Semak dalam portal MySPR Semak di mysprsemak.spr.gov.my
Selamat mengundi!
Sumber: Twitter Sir Kamarul