Tiada Kepercayaan Majoriti, Anwar & Muhyiddin Bakal Bertemu Agong Petang Ini
GAYA HIDUPDalam satu kenyataan, Istana Negara memaklumkan titah tersebut dikeluarkan selepas Seri Paduka Baginda mendapati tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
Hala tuju negara masih menjadi tanda tanya biarpun pasca PRU-15 telah memasuki hari ketiga. Pada awalnya, kita menantikan satu keputusan yang bakal diumumkan pada jam 2 petang yang lalu. Namun, berita terkini, pihak Istana Negara menjelaskan situasi semasa.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menghadap pada jam 4.30 petang ini.
Dalam satu kenyataan, Istana Negara memaklumkan titah tersebut dikeluarkan selepas Seri Paduka Baginda mendapati tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
Yang pasti Barisan Nasional kekal dengan prinsip mereka sebagai pembangkang. Harapnya, ada khabar baik petang ini. Agak-agak siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 kita?