Netizen Di Twitter Senaraikan Masalah Terbesar Rakyat Dari Segi Pengangkutan Awam & Perumahan Khas Kepada Menteri Baru!

GAYA HIDUP
December 12, 2022 - 02:14 PM


Memandangkan sekarang Malaysia mendapat tampuk kepimpinan baru menerusi pembentukan Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim -- rakyat secara majoritinya mengharapkan suatu perubahan besar bakal berlaku terutama sekali melibatkan peningkatan kos sara hidup.

Antara dua perkara kritikal yang sering menjadi bebanan kepada rakyat Malaysia adalah berkaitan aspek pengangkutan awam serta isu perumahan yang harganya semakin tidak masuk akal.

Di Twitter ada sebuah perkongsian daripada netizen, khas kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengenai masalah terbesar dalam isu pengangkutan awam dan perumahan yang dihadapi rakyat untuk makluman serta penyelesaian segera daripada Menteri Kabinet baru.

10 MASALAH TERBESAR ISU PENGANGKUTAN AWAM

1. Gangguan LRT Laluan Kelana Jaya (KJL). Penutupan KJL selama lima hari menyebabkan kehilangan produktiviti mececah *BERBILION* ringgit dan kesesakan lalu lintas yang melampau. Ini kali pertama sistem2 metro Asia ada gangguan seteruk ni.

2. Kekerapan (Frekuensi) RapidKL RapidKL masih belum kembalikan kekerapan ke tahap pra-pandemik sebab tak cukup tren yang berfungsi. Ukraine yang tengah berperang Rusia pun sistem metronya kekerapan lagi tinggi daripada RapidKL.

3. Bas bandar memang menyedihkan bila seluruh Lembah Klang (KV) ada 860 buah bas je. Singapura yang populasi dorang 30% kurang daripada KV? 5500 bas. Memang tak terkejut lah RapidKL cuma boleh buat frekuensi bas setiap 30-60 min.

4. Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT). Projek ini dah bertahun-tahun cenggitu je. Fasa pertama yang patutnya tamat tahun 2019 baru nak siap tahun 2023. Apa jadi ni??? Projek ni lah sebabnya kekerapan KTM Komuter teruk sangat.

5. BRT Johor Bahru Mana dia? Serious apa jadi dengan projek ni?

6. LRT Penang Projek ni dah lama berumbang-ambing sebab isu 'funding'. Bila kerajaan Persekutuan tak nak biaya projek ni, kerajaan Pulau Pinang beralih ke penjualan tebus guna tanah untuk biayai projek ni. Kerajaan Persekutuan pun sekat projek tebus guna tanah AHAHA.

7. Touch n Go Touch n Go masih lagi pakai teknologi awal 2000-an padahal semua sistem metro lain dah boleh tambah nilai dalam talian, bayar dengan QR atau kad debit/kredit atau Apple Pay/Google Pay. Bandaraya New York 3 tahun buat program pemodenan kad transit dorang. Kita bila?

8. Kebolehjalan kaki Kaki lima ke stesen keretapi memang mencurigakan dengan laluan bertanah, takde lampu, dan bumbung pun takde kalau hujan. Bab OKU tak payah cerita lah. Orang nak jalan ke stesen rasa tak selamat (dari segi jenayah dan kereta) dan dorang 100% betul.

9. Infrastruktur basikal Tiada. Langsung tiada. Hairan ke kalau takde siapa yang tunggang basikal ke stesen? Lagi2 dengan kena pertaruhkan nyawa nak berbasikal ke stesen. Di Singapura, rata-rata dorang ada dua basikal: satu di rumah dan satu di pejabat. Kita patut buat begitu.

10. Bajet pengangkutan awam Pengangkutan awam ni macam kesihatan, kedua-dua kerajaan kena biaya untuk rakyat. 20 bulan RapidKL tak buat 'maintenace' sebab tak cukup duit. Syarikat2 bas lain pula tutup kedai atau kaw-kaw potong kekerapan sebab isu yang sama.

6 ISU TERBESAR MENGENAI PERUMAHAN DAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

1. Rumah mampu milik Kita dah tak bina rumah mampu milik macam dulu. Dan kebanyakan rumah2 mampu milik sekarang pun harga RM200-300 ribu. B40 mana mampu sangat rumah2 ni. Mana pergi PPR baru bawah RM150 ribu?

2. Pengurusan PPR Boleh cakap tak wujudlah ataupun sangat tak cukup dana. Habistu pelik ke kalau lif2 tak dijaga, sampah merata2, parking kereta pun tak boleh, dll? Nak buat kerja pun tak boleh sebab dana cukup bayar ~50% je?

3. Bajet kerajaan tempatan Kebanyakan dorang langsung tak cukup duit untuk bayar kewajipan sedia ada je macam kutipan sampah, macam mana nak naiktaraf infrastruktur macam laluan pejalan kaki atau taman?

4. Wakil tempatan Ahli majlis ni siapa? Sekarang, ADUN2 dengan Ahli2 Parlimen kena buat kerja ahli majlis dan jadi pusat aduan majlis tempatan. Mungkin lah kan, ni sebab ahli majlis tak dipilih oleh rakyat?

5. Perancangan bandar Garis panduan dan rancangan2 berlambak tapi apa guna kalau tak ada penguatkuasaan? Sebab ni lah banyak isu2 macam kesesakan lalu lintas teruk, banjir kilat, kawasan2 usang, dan pengangkutan awam yang tak mesra.

6. Orang kaya beli PPR Tahu tak kalau gaji sampai 15k/bulan masih boleh beli rumah mampu milik/PPR? Tambah lagi banyak sangat kes orang beli rumah PPR pastu sewa kat orang dengan harga Yahudi. Dengan point 1, B40 nak duduk mana?Sumber: slainthayer_my

Destination: