[VIDEO] Helmet Pakai, Baju Seluar Tak Pakai. Lelaki Telanjang Tunggang Motosikal Gemparkan Orang Melaka!
TERKINIDi Melaka, seorang lelaki berbogel tanpa seurat benang sambil menunggang motosikal hangat diperkatakan di media sosial selepas rakaman kejadian itu tular pada Isnin (12 Disember 2022).
Difahamkan gelagat tidak senonoh lelaki itu dikatakan berlaku pada lewat petang Ahad dan dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain.
Dalam rakaman yang dikongsikan di aplikasi Telegram Info Semasa itu, lelaki berkenaan dilihat bersahaja menunggang motosikal dengan hanya memakai topi keledar dan berkaki ayam tanpa menghiraukan orang ramai yang melihatnya.
Melalui video berdurasi 29 saat itu turut kedengaran suara perakam menjerit menegur tindakan lelaki tersebut yang menunggang motosikal secara berbahaya.
"Wei, janganlah buat macam ini. Pakailah baju. Tepi, tepi..bahaya," katanya.
Tinjauan di ruang komen mendapati netizen terkejut dengan tindakan lelaki itu yang dianggap sebagai berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Seorang warganet, Aiman berasakan lelaki berkenaan nampak seperti seorang yang mengalami masalah mental.
"Aku syak dia ini ada masalah mental, tengok muka dia. Aneh-aneh manusia sekarang. Risau tiba-tiba dia nak langgar orang lain," katanya.
Sementara itu, Aizat11B pula memuji tindakan perakam yang berani menegur tindakan lelaki bogel tersebut.
"Abang yang rakam patut diberi pujian. Telanjang satu hal, bawa motosikal tengah-tengah jalan dengan tak pakai topi keledar," tulisnya.
Bagaimanapun lelaki berkenaan memakai topi keledar walaupun netizen mendakwa dia tidak berbuat demikian.
Untuk rekod -- insiden seperti bukanlah kali pertama berlaku di Melaka dan pada Oktober lalu media juga pernah melaporkan seorang penunggang motosikal turut berada dalam keadaan bogel di Lebuh Raya Alor Gajah berhampiran stesen minyak, Taman Semabok Perdana, dekat Melaka Tengah.
Walaupun melibatkan orang yang berbeza namun insiden yang semakin kerap terjadi ini harus dipandang serius oleh pihak tertentu agar tidak memudaratkan orang awam.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pihak berkuasa.
Sumber: Majoriti