Banjir Besar Bakal Serang Negara Dalam Masa 3 Hari!

GAYA HIDUP
December 14, 2022 - 02:43 PM


Banjir besar berkemungkinan boleh berlaku dalam tempoh beberapa hari ini susulan fenomena luruan monsun dan dirangsang oleh fenomena La Nina dan negatif Indian Ocean Dipole (IOD) yang masih aktif melanda negara.

Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, luruan monsun yang menghasilkan angin kencang di Laut China Selatan selain fenomena La Nina dan negatif IOD menyebabkan peningkatan hujan sehingga membawa kepada berlakunya kejadian banjir terutama di Pantai Timur.

Ujarnya, ramalan dari model global seperti di Nullschool.net meramal hujan lebat berterusan sehingga tengah malam Selasa.

"Dalam tempoh tiga hari ini kemungkinan berlaku banjir besar. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga Isnin di negeri Kelantan dan Terengganu.

Destination: