[VIDEO] "Kiamat Nak Dekat" : Geng Mak-Mak Sakan Buat 'Content' Tarian Dalam Masjid
TERKINIBaru sahaja dibuka secara rasmi pada 30 Disember lalu -- Masjid Agung Al Jabbar di Gedebage, Kota Bandung, Indonesia bukan sahaja menerima kunjungan orang ramai yang begitu kagum dengan seni bina unik rumah ibadah itu.
Tetapi turut terkena tempias akibat kekecohan yang dilakukan sekumpulan 'emak-emak' yang kurang sopan dilihat melakukan tarian untuk 'content' TikTok di masjid terapung berkenaan.
Video viral kumpulan wanita tersebut menari telah viral di media sosial dan mendapat kecaman masyarakat apatah lagi mereka dilihat lengkap berjubah dan bertudung.
Lebih mendatangkan amarah adalah apabila kerusi bangku yang dikhususkan buat golongan warga emas dan orang kurang upaya di masjid itu turut dipenuhi dengan individu sama yang melakukan tarian tersebut.
Selain dilihat tidak sopan dan boleh merosakkan imej Islam -- tindakan kumpulan wanita itu turut dikesali kerana tidak menghormati dan seakan mempersendakan kesucian tempat ibadah yang juga rumah Allah SWT.
@shaaalloh sllm pgie awali hari dengan doa dan senyuman smoga hari ini lebih baik indah dari kemaren#sayangesejantunghati🤗🥰😘🙏💪 #kangenkamujuga❤❤ ♬ original sound - Belajar__Agama__Islam - Belajar Agama Islam
Ada juga netizen yang meluahkan kekecewaan mereka berhubung insiden itu dengan mendakwa bahawa ia adalah antara petanda kiamat sudah semakin menghampiri.
Berhubung kejadian itu, Ketua Polis Jawa Barat, Ade Afriandi, turut mengulas lanjut berkenaan situasi tersebut.
"Kami sebagai petugas memang dilatih untuk bersabar kerana ramai pihak kini memang berasa marah akan situasi tersebut, tambahan pula kerusi yang disediakan adalah untuk kegunaan jemaah yang sakit ataupun yang tidak boleh menunaikan solat secara normal," katanya.
Menurutnya, beliau akan melaporkan perkara itu ke pihak atasan untuk mengeluarkan papan notis tentang adab pengunjung semasa berada di masjid berkenaan.
Masjid Agung Al Jabbar itu baru sahaja dirasmikan oleh Gabenor Ridwan Kamil pada 30 Disember tahun lalu.
Namun, meskipun baru sahaja digunakan masjid itu difahamkan sudah dihiasi dengan pelbagai perkara yang tidak baik dilakukan segelintir jemaah sehingga ia heboh diperkatakan di laman media.
Sebelum ini, tular satu kejadian apabila kanak-kanak dilaporkan berenang di kawasan kolam masjid dan sampah turut ditaburkan di halaman masjid.