"Adopt Kucing, Tapi Masuk Perut Ular" - Netizen Terkejut, Lelaki Ambil Kucing Jadi Makanan Ular Peliharaan
TERKINIRakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat penyayang lebih-lebih lagi terhadap haiwan. Pelbagai jenis haiwan yang boleh kita jadikan sebagai haiwan peliharaan, kebiasaanya kucing dan juga anjing. Namun, tak dinafikan ada juga yang meminati haiwan eksotik seperti reptilia, contohnya ular.
Kos memelihara seekor ular pasti berbeza jika dibandingkan dengan seekor kucing. Viral di platform Twitter, pengakuan secara terbuka dari seorang lelaki.
Tak weh aku tak paham asal dia tak rasa bersalah do??? “The sound of bones cracking” ehh pale hotak dia lah 😭😭😭 pic.twitter.com/erekcDqUjY
— Siti Rabubiyyah Addam (@mabitxch) February 7, 2023
Kenyataan lelaki tersebut, yang bertindak mengambil kucing-kucing yang memerlukan tuan baru yang dikongsikan di platform media sosial diambil olehnya untuk dijadikan sebagai makanan kepada ular peliharaannya bernama Helga.
Biarpun tidak tahu akan kesahihan kenyataan tersebut, netizen tidak menunggu lama untuk mengecamnya. Mereka berpendapat, lelaki tersebut menipu dan menzalimi kucing-kucing tersebut.
Isu ini turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr. Akma Ngah Hamid.
Salam. Saya ambil maklum. Aduan telah diterima juga melalui emel Jabatan dan telah dipanjangkan ke Seksyen Kebajikan Haiwan. Sekiranya ada aduan melibatkan Kebajikan Haiwan, mohon membuat aduan terus melalui sistem MyAnimalWelfare seperti di bawah. pic.twitter.com/XKjhSAg9Zz
— Akma Ngah Hamid (@DrAkmaNgahHamid) February 8, 2023