"Dah Macam Harga Menu Rahmah" - Pemuda Ni Terkejut Beli Nescafe O Ais Ikat Tepi Sampai RM5!
TERKINISeorang pemuda terkejut selepas dikenakan caj bayaran RM5 untuk Nescafe O ais ikat tepi yang dibelinya di sebuah gerai di ibu kota.
Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Nasz Burn, harga secawan Nescafe O sebenarnya berharga RM3.50.
Namun dia tidak menyangka ada penambahan caj sehingga RM1.50 apabila meminta peniaga gerai tersebut membungkus minumannya.
“Harga RM5 sebab bungkus. Minum RM3.50. Memang sekali ini jelah beli. Tak ada yang istimewa pun sampai RM5 ni.. haishh.
“Dah bayar untuk minum, bila cakap bungkus kene tambah lagi RM1.50. Harga nak sama dengan Menu Rahmah,” kata Nasz dalam laman kumpulan Facebook Bandar Baru Bangi Community (BBBC).
Meninjau ke ruangan komen di Group komuniti tersebut, rata-rata berpendapat caj yang dikenakan terlalu mahal kerana kebiasaannya peniaga hanya mengenakan bayaran RM0.50 sen untuk bungkusan plastik.
Mereka juga menyarankan agar individu tersebut membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkenaan pencatutan harga minuman berkenaan.
“Report je dekat badan penguatkuasaan. Melampau, bungkus pun nak caj. Kalau begini tak payah niagalah,” komen pengguna Facebook.
“Mahalnya Nescafe O ais sampai RM5. Saya selalu bungkus Nesafe ais pagi-pagi baru RM3. Penuh macam ini juga,” komen yang lain.