"Bahaya Tu!" - Lelaki Sanggup Redah Air Deras, Demi Makanan Mangsa Banjir
TERKINIKejadian banjir di Johor bertambah buruk dengan bilangan mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) melonjak kepada 25,213 orang setakat jam 8 pagi tadi.
Sebanyak 7,013 keluarga terpaksa dipindahkan ke 187 PPS yang dibuka di 10 daerah terjejas banjir, meningkat berbanding 9,167 penduduk daripada 2,760 keluarga yang ditempatkan di 90 PPS di enam daerah setakat jam 8 malam tadi
Viral di platform TikTok, satu klip video yang dirakam ketika banjir sedang melanda di Chaah, Johor berjaya menyentuh hati netizen.
@zlhairieeee Replying to @zlhairieeee ♬ Instrumen Sedih - Yuda pratama
Berdasarkan video, insan yang dipanggil Abang Salleh sanggup mempertaruhkan nyawanya ketika usaha untuk menyampaikan bekal makanan dan minuman kepada mereka yang berada di PPS. Beliau sanggup meredah air deras dan kelihatan hampir lemas ketika berpaut pada tali.
Berita gembira, berdasarkan komen dari anak Abang Salleh sendiri keadaan di sana sudah semakin baik dan keadaan ayahnya juga baik baik sahaja. Alhamdulillah.
Sumber dan Kredit: @zlhairieeee