"Bulan Puasa Pun Makan Duit Haram" - Pasangan Scam Duit Warga Emas Sebanyak RM46K, Siap Beli Iphone!
TERKINISiapa sangka, di bulan Ramadan yang mulia ini masih ada manusia yang sanggup menganiaya orang lain demi nafsu sendiri. Seorang warga emas mengalami kerugian bernilai RM46,000 selepas wang simpanannya 'lesap' dikebas seorang lelaki yang menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya.
Duit hilang di Bank Simpanan Nasional
— Paiz (@paizmuhdd) March 28, 2023
Jumlah keseluruhan transaksi haram bernilai RM 46,000 dengan 3 hari transaksi bermula 25,26 & 27 March 2023 sebanyak 23 transaksi dan salah satunya transaksi dibuat membeli telefon Iphone 13 pro max di sebuah kedai telekomunikasi di Kapar. pic.twitter.com/9u9yhWYPcb
Menerusi ciapan yang tular di laman Twitter, difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 62 tahun cuba mengeluarkan wang menerusi mesin ATM di sebuah bank, di Banting, Selangor.
Namun tanpa disedari mangsa, mesin ATM yang digunakannya sudah dirosakkan oleh suspek, menyebabkan kad bank milik mangsa tersangkut dan wang tidak dapat dikeluarkan.
"Si perompak yang hina akan berdiri di belakang mangsa tersebut berlakon macam nak withdraw duit tapi sebenarnya (sedang) perhatikan nombor pin mangsa.
"Perompak akan berpura-pura cuba untuk membantu, dan pada masa tersebut dia akan keluarkan kad lain yang sama dengan kad mangsa, di mana kad mangsa sebelum ni yang dah habis dikebas, diberikan kepada mangsa tanpa disedari.
"Kad di dalam mesin ATM, si perompak boleh ambil dan ingat nombor pin. Mangsa akan ingat kad tersebut rosak. Kejadian akan dilakukan pada hari Sabtu atau Ahad.
"So dia akan sempat buat transaction sebab hari Isnin baru bank buka untuk buat pertukaran kad. For your information, mangsa warga emas selalunya takkan ada online banking untuk check transaksi," demikian ciapan individu itu menerusi satu bebenang.
Tambah individu berkenaan, sebanyak 23 transaksi dilakukan oleh suspek selama tiga hari dengan melibatkan jumlah keseluruhan bernilai RM46,000.
"Salah satunya transaksi dibuat (untuk) membeli telefon Iphone 13 Pro Max di sebuah kedai telekomunikasi di Kapar," dedahnya lagi sambil turut memuat naik salinan penyata yang dikeluarkan pihak bank, menunjukkan keseluruhan transaksi yang dilakukan suspek.
Turut dimuat naik, resit pembelian telefon Iphone 13 Pro Max serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis yang dikunjungi oleh suspek.
Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang lelaki dipercayai suspek, yang ditemani seorang wanita dipercayai isterinya, sedang membuat pembelian telefon pintar di premis berkenaan.
Susulan kejadian tersebut, mangsa sudah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Banting pada 28 Mac