Sky Suite Airport Lounge @KLIA Terminal 2 Pit Stop Terbaik Buat Traveler
TRAVELBaru-baru ni aku ada datang majlis perasmian satu lagi kemudahan yang aku rasa cukup penting buat traveler terutama mereka yang mahukan perjalanan yang panjang. Pit stop terbaru di Terminal 2 KLIA iaitu Sky Suite Airport Lounge @KLIA terletak betul-betul bersebelahan pintu masuk penerbangan domestik. Jadi kalau korang ada bajet lebih bolehlah aku rasa cuba sendiri kemudahan yang disediakan di Sky Suite Airport ni.
Rehat yang cukup amat penting bagi traveler untuk mengekalkan stamina yang mantap sepanjang perjalanan. Berada di dalam flight melebihi 6 jam pastinya membuatkan tubuh menjadi cepat penat kerana lapisan udara yang agak terhad di dalam pesawat ketika di udara. Ramai orang beranggapan kita boleh berehat di dalam flight long haul, tapi korang perasan tak badan korang akan beri tindakbalas yang berbeza jika berehat dalam masa yang lama di dalam pesawat?
Berbalik kepada Sky Suite Lounge @KLIA, mereka menyediakan pelbagai kemudahan untuk digunakan dan dimanfaat kan sebelum kita menempuhi penerbangan yang panjang dan memenatkan. Bagi korang yang ada keluarga bercadang untuk menunaikan umrah apakata korang belaja sikit pakej kat sini. Sekurangnya dapat juga diorang isi perut dan dapatkan rehat yang mencukup sebelum menunaikan ibadah mereka.
Priority Lane Pass- Self Walk
Selain itu, pakej yang ditawarkan oleh Sky Suite Lounge Airport ini adalah termasuk Priority Lane Pass- Self Walk yang boleh korang terus access ke bahagian immigration APAC lane. Ok part ni aku rasa penting juga terutama mereka yang jenis bila travel satu almari diorang nak bawak. Jadi kalau ambil pakej ni tak payahlah korang nak susah-susah kelam kabut beratur panjang. Lagi satu untuk geng-geng personal shopper tu aku rasa benda ni berbaloi untuk korang. Ye lah dah bawa barang banyak-banyak pastu sangkut kat immigration tak ke menyusahkan diri sendiri. Ala korang paw lah sikit dekat client-client korang untuk cover harga Sky Suite Lounge ni. Korang kalau beli barang-barang bukan harga biasa-biasa. Kalau kat London, Paris, Swiss penuh dengan geng-geng diorang je. Tak kan lah nak ambil Sky Suite pun tak mampukan. Lain lah rakyat marhaen macam abang ni gi London pun shopping kat Primark je. Rasa happy macam shopping kat Pavillion KL la orang kata. Kemain menunjuk kite shopping kat London sambil tayang paper beg Primark.
Buffet yang menggoda
Tarikan yang seterusnya yang ada di Sky Suite Lounge ni tak lain tak bukan buffet. Tipulah kalau korang lepak tempat macam ni pastu hanya minum coffee je. Coffee kat starbucks pun dah harga puluhan dah termasuk donut la toping macam-macam la, jadi baik korang ambil je benda. Nak minum coffee puas-puas pun boleh. Bukan coffee je, ada macam-macam jenis jus lagi. Itu baru bab air, belum cerita bab makanan lagi. haish bulan-bulan puasa ni aku nak story bab makanan agak mencabar.
Jadi aku malas nak membebel banyak-banyak ini pakej dan harga untuk Sky Suite Lounge Airport Terminal 2. Kalau guna dengan sebaiknya InshaAllah berbaloi. "Sky Suite Airport Lounge" Tarikan Baru KLIA Terminal 2