"Jeng Palo Gini Weh!" - Warga Pantai Timur Sangkut Dalam Kesesakan Trafik Di LPT, Punca Penyelenggaraan Jalan
TERKINIApril 18, 2023 - 11:59 AM
Orang ramai yang menuju ke negeri Pantai Timur bersempena Hari Raya Aidilfitri berdepan kesesakan trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sejauh 11.6 kilometer (KM).
Kelik kelate demo, jeng sungguh. pic.twitter.com/SJfNnURxBU
— keem (@AkeemSharyzal) April 18, 2023
Menerusi pengkongsian orang ramai di media sosial, kesesakan itu bermula seawal pagi dipercayai terdapat kerja-kerja penyelenggaraan di lokasi.
Perkara disahkan LPT menerusi Facebook yang memaklumkan, trafik sesak 11.6KM dari KM 20.2 sehingga KM31.8 berikutan terdapat kerja-kerja penyelenggaraan di lokasi.
Keadaan itu secara tidak langsung mencetuskan kemarahan pengguna lebuh raya yang menyifatkan kerja penyelenggaran tidak seharusnya berlaku sepanjang kesesakan trafik lalu menjelang hari raya.
Destination: