Yeay, Tahun Ni Raya Boleh Balik Kampung. PM Jamin Tiada Lagi PKP Di Seluruh Negara!

TERKINI
January 24, 2022 - 03:05 PM


Ramai yang berteka-teki dan bimbang sama ada tahun ini kita bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri di rumah lagi seperti 2 tahun sebelum ini akibat PKP ataupun tidak.

Ini ada berita baik untuk anda semua yang masih gusar jika tidak dapat beraya di kampung!

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa selepas ini TIADA LAGI pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Jaminan tersebut diberikan beliau selepas melihat keresahan rakyat sama ada PKP akan dilaksanakan semula, termasuk ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Saya pernah umumkan bahawa kita tidak akan buat lagi PKP seluruh negara, negeri dan daerah.

"Sektor ekonomi buka seperti biasa, saya beri jaminan tidak akan akan menutup lagi negara dari segi perniagaan, pergerakan rakyat bebas seperti biasa, tetapi kita fokus kawasan bersasar sahaja," katanya.

Menurut Ismail Sabri, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan sekiranya sesuatu kawasan berlaku peningkatan jumlah kes positif Covid-19.

"Contohnya seperti di Bera, kawasan di Felda Sebertak di situ ada kes meningkat, PKPD dilaksanakan.

"Jadi jangan bimbang dah ada buat spekulasi, kononnya rakyat tak boleh balik, itu semua tidak betul, kita pastikan perkara ini tidak berlaku," tegasnya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Destination: