[VIDEO] "Cannot Brain" - Viral Video Lelaki Ni Bawa 'Boyfriend' Beraya Bersama Keluarga!
TERKINISatu rakaman memaparkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri melibatkan sebuah keluarga menjadi perbincangan hangat baru-baru ini.
Manakan tidak, lelaki yang berasal dari Singapura itu membawa pulang teman lelakinya untuk menyambut Aidilfitri bersama.
Mengenalkan cinta hatinya kepada keluarga, warganet mulanya terharu dengan video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok itu.
Hal ini kerana, ‘boyfriend’ yang berbangsa Cina itu tidak terlihat kekok ketika berkunjung dan melayani ahli keluarga pasangannya.
Namun alangkah terkejutnya penonton apabila video yang tular di laman TikTok itu ditamatkan dengan gambar pasangan yang rupanya sejenis itu.
@sydishidee My Boyfriend first Raya with my Family ✨ #raya2023 #fyp ♬ Selamat Hari Raya - Upin & Ipin
“Saya menyakinkan teman lelaki saya yang berbangsa Cina untuk menyambut hari raya pertamanya dengan keluarga saya di hujung minggu.
“Kanak-kanak nampaknya menyukainya. Dia terlalu sibuk melayani kanak-kanak sehingga mengabaikan saya,” tulis perakam video itu.
Rata-rata penonton meluahkan rasa terkejut mereka setelah melihat pengakhiran video yang telah mendapat hampir sejuta tontonan itu.
“Maksud awak kawan lelaki atau ‘teman lelaki’, macam kekasih? Wah, otak saya gagal berfungsi,” kongsi seorang penonton.
“Otak saya terjatuh dan ianya telah hilang. OTAK SAYA TELAH HILANG!.” Seloroh pengguna lain.
Diharapkan pemuda yang memuat naik video tersebut segera pulang ke pangkal jalan dan mendapat petunjuk dari Yang Maha Esa.
Sumber: Malaysia Dateline