Gambar-Gambar Terkini Edisi Terhad Proton X50 R3! Hanya 200 Unit Sahaja!

GAYA HIDUP
May 03, 2023 - 03:36 PM


Sempena Malaysia Autoshow 2023, PROTON menawarkan sesuatu istimewa buat semua pengunjung! Proton menampilkan X50 edisi khas versi R3!

Siapa cepat dia dapat! Itu ungkapan yang sesuai buat penggemar automotif tempatan kerana suv edisi khas ini terhad untuk 200 unit SAHAJA.

Pra-tempah boleh mula dibuat ketika berkunjung Malaysia Autoshow 2023 dengan hanya RM99.

X50 R3 edisi khas sempena dengam ulangtahun ke-20 ini hadir dengan warna eksklusif matte black, dan juga R3 styling kit! Tiada penambahan dari segi prestasi.

Antara spesifikasi lain: 

Pameran Malaysia Autoshow 2023 bermula dari Mei 4 hingga 7.

Proton memperkenalkan model konsep X50 R3 Edisi Terhad Ulangtahun ke-20 bersempena dengan Pameran Auto Malaysia (MAS 2023) yang berlangsung di sini, dari 4 Mei sehingga 7 Mei ini.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam segmen B diasaskan daripada varian Flagship itu dilengkapi warna badan hitam serta Aerokit R3 terdiri daripada spoiler hadapan tepi dan belakang.

Ia juga dengan jalur bonet dan gril radiator R3 serta plat nama ulangtahun ke-20 R3 pada pintu belakang.

Tambah menarik ruang dalaman juga dengan logo edisi ulang tahun, nombor siri, penahan kepala kerusi dengan logo R3 dan pelapik lantai 3D rekaan khas untuk menambah ciri eksklusif.

Ia juga dengan rim aloi R3 18 inci yang mengurangkan berat keseluruhan kenderaan sebanyak 10 kilogram dan lebih kukuh daripada model standard.

Sasaran jualan model Proton X50 R3 ini adalah pada suku ketiga 2023 dengan harga akan diumumkan tidak lama lagi.

Jualan model ini terhad kepada 200 unit sahaja di seluruh dunia.

Fakta Menarik Tentang Proton X50

  • Ikut kata para pengamal media China yang telah menguji, majoriti memuji kualiti kabin yang melebihi apa yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing dalam segmen yang sama. 
  • Proton kini sudah mempunyai rakan yang memiliki teknologi enjin yang termaju.

Enjin 1.5 liter turbo (174 hp/255 Nm) dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan sebenarnya merupakan enjin Drive-E yang dibangunkan bersama Volvo dan Geely.  Atas jalan raya, ia mampu memecut sepantas 7.9 saat dari 0-100 km/j!

  • Ringkas tapi ada fungsi, itu mungkin perkataan yang tepat bagi menggambarkan Proton X50.
  • Lebih ciri keselamatan
  • GKUI 19 yang lebih pintar
  • Rekabentuk sporti!

Sumber Gambar: Moto Malaya (Facebook)

 

 

 

 

 

Destination: