Bila Kahwin Bukan Main Cantik Pelamin Dibina, Bila Habis Macam Tu Je Longgok Atas Jalan!

TERKINI
May 03, 2023 - 05:32 PM


Seorang perancang perkahwinan meluahkan rasa terkilan apabila barang hiasan pelamin dibiarkan begitu sahaja di tepi jalan oleh pihak pengurusan kanopi.

Menerusi perkongsian Ita Andaman di Facebook miliknya, ini merupakan pengalaman pertamanya selepas 22 tahun dalam bidang itu, apabila barang-barang mereka dibiarkan berlonggok sehingga mengakibatkan kerosakan.

Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa menanggung kerugian yang besar apabila prop, platform dan kain yang digunakan rosak teruk akibat terkena hujan.

“Kami faham kerja, tapi sekurang-kurangnya beri kami waktu untuk ke lokasi rumah pengantin. Perjalanan ke rumah pengantin pun ambil masa 20 minit.

“Kalau betul tergesa-gesa, kami boleh pergi cabut, sekurang-kurangnya beritahu pengantin sehari lebih awal,” luahnya.

Menurutnya lagi, pihak kanopi sedia maklum, cuaca mendung dan hujan, tapi mereka bersikap tidak berperikemanusiaan dengan mencabut kanopi tersebut.

“Dalam hujan, ‘team’ kami cabut pelamin dan berdoa supaya Allah membalas setiap perbuatan kalian,” katanya.

Perkongsian itu tular di Facebook dan menjadi medium perdebatan orang ramai, mengulas mengenai isu ini.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Destination: